02 August 2015

Bebola Brokoli Berkeju

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

Bebola Brokoli Berkeju
==================

BAHAN-BAHAN:

1 cawan brokoli (telah di potong dan rebus)
1 ½ cawan keju Chedar (di hiris)
3 biji telur
Salt
Serbuk lada hitam
Serbuk roti


CARA PENYEDIAAN :

Masukan brokoli yang telah di potong kecil, keju chedar, dan serbuk roti ke dalam bekas.
Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam mengikut kuantiti yang di inginkan.
Kemudian, campurkan telur yang telah dipukul sehingga kembang dan gaulkan ia sehingga rata.
Setelah itu, ambil segumpal adunan dan jadikan ia bentuk seperti beola. Dengan perlahan, tekankan sedikit bahagian tengah bebola agar ia menjadi lebar seperti bentuk begedil.
Sebelum membakar dalam ketuhar, saluti bebola tersebut dengan serbuk roti dan susun ia di atas loyang pembakar.
Panaskan ketuhar dengan suhu 200 – 220oC dan bakar bebola selama 20 – 30 minit atau ia menjadi keperangan.
Sebaik sahaja ia di bakar, keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk sebentar. Nah, kini ia sedia di hidangkan. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment