KERAK NERAKA & DOSA MUNAFIK YANG TIDAK TERAMPUN
Pendirian degil dan keras kepala amat memanaskan suasana di akhir zaman ini. Ciri togho atau melampaui batas ini terlihat di mana-mana. Kejujuran dalam menilai baik buruk suatu perkara, samada yang terkait dengan diri sendiri mahupun pihak lain sukar sekali ditemui.
Sifat assobiyah dan kemunafikan terlalu berleluasa.
Yang marah dan membenci pihak lain sering bersifat satu hala. Kerana kebencian itu maka kebaikannya juga dihapus kira. Yang menyokong satu pihak juga begitu. Kerana sokongan itu, maka keburukan pihak yang disokong juga kita buat-buat tidak tahu.
Lebih parah lagi melihat habit berbuat salah dengan sengaja. Ditambah pula dengan habit keras kepala dan menebalkan muka. Sukar sekali mencari pesalah yang sanggup mengaku dirinya berdosa dan memohon maaf dengan sukarela. Lisan suka memutar belit apabila berkata-kata.
Kita lupa bahawa kebenaran yang hak tetap akan terangkat juga biar apa usaha untuk menghalangnya. Kita juga lupa bahawa kebatilan akan musnah juga biar sehebat mana kita cuba menutupinya.
Sesungguhnya munafik itu berada di kerak api neraka. (QS 4: 144-145). SEGERALAH BERTAUBAT DAN BUATLAH ISLAH (Ayat 146)
Sesungguhnya Allah itu bersifat pengampun terhadap hambanya yang ikhlas memohon ampun dan bertaubat DENGAN SEGERA. Namun ada masanya di mana tidak diterima keampunan dari kita jika kita asyik mengulang-ulangi kesalahan yang sama dengan sengaja. (QS, 4: 17-18)
Begitu juga sifat manusia yang sentiasa menzikirkan "ASMA'ULHUSNA", Nama-nama Allah Yang Maha Mulia. Mereka juga akan bersifat pengampun terhadap saudaranya kerana mereka itu mengikuti perintah penciptanya.
Namun jangan lupa bahawa manusia juga akan berkeras untuk tidak lagi mahu memaafkan kita jika keterlaluan dan mengulang-ulangi kejahatan kita terhadap mereka. Ketika itu mereka juga akan bersifat keras terhadap kita. Itulah sunnah yang telah ditunjukkan Rasullullah SAW ikutan kita. (QS: 48/29)
Akhirnya, kita yang mempermain-mainkan sifat pengampunnya Allah, melengah-lengahkan taubat tetap akan menjadi pendosa yang terhina. Ini kerana Allah tidak akan menerima taubat mereka yang mengulangi dosa dengan sengaja (QS:4/18).
Pada masa yang sama, sikap begini juga boleh membuatkan manusia sukar mengampuni kita dan kekal membenci serta memarahi kita.
Oleh itu, jika Allah masih sudi menerima taubat kita sekalipun, kita akan masih kekal ke neraka apabila tidak terampun dosa kita terhadap manusia.
Tidak perlu bersangka-sangka untuk terhina di akhirat sana kerana penghinaan dosa terhadap manusia sebegini JELAS AKAN MENYIKSA KITA KETIKA MASIH DI DUNIA. Hanya orang yang hati kering dan tebal muka sahaja sanggup menanggungnya.
WARGA PRIHATIN
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment