05 August 2015

KEAJAIBAN AL-QURAN Tempat penghasilan susu pada binatang ternak


KEAJAIBAN AL-QURAN

Tempat penghasilan susu pada binatang ternak

Susu terhasil di bahagian mammary gland, dan keluar melalui bahagian udder. Mengikut rajah anatomi badan lembu, bahagian tersebut berada di bawah perut lembu (omasum dan abomasum). Mengikut rajah anatomi badan lembu juga, jika dilihat dari hadapan lembu, bahagian tersebut terletak di selepas hati (liver) dan sebelum salur najis. Jadi jika dilihat dari tepi, berdasarkan ayat 66 surah An-Nahl, maka benarlah ayat Al-Quran bahawa mammary gland berada di antara hati dan salur najis.
Perkara ini juga sama untuk penghasilan susu bagi haiwan-haiwan ternak lain seperti unta dan kambing.

Merle Cunningham, Animal Science and Industry

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (hati); (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
(Surah An-Nahl: ayat 66)
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment