Puding Roti Neapolitan
bahan-bahan :
600ml air
300ml susu putih (susu kotak)
4 keping roti putih (tak perlu buang kulit)
1 paket serbuk agar-agar (10g)
1/2 cawan gula (boleh tambah 1/4 cawan kalau nak lebih manis)
100g white chocolate - dicincang
1 sudu kecil chocolate emulco (warna & perasa)
1/2 sudu kecil strawberry paste (warna & perasa)
1 sudu kecil esen vanila
cara-cara :
1. Blend roti, susu & white chocolate. Ketepikan.
2. Masak air, gula & serbuk agar-agar hingga mendidih. Gunakan api sederhana.
3. Kecil kan api, masuk kan bahan kisar & white chocolate. Kacau hingga chocolate cair. Matikan api.
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dicampur dengan strawberry paste. Bahagian kedua dicampur dengan esen vanila & bahagian terakhir dicampur dengan chocolate emulco.
5. Tuang bahagian pink kedalam acuan size 6 inci dahulu. Masuk kan sebentar kedalam freezer hingga lapis pertama keras sedikit.
6. Kemudian tuang adunan putih & ulang proses sama hingga pada lapisan akhir adunan coklat.
7. Biarkan puding sejuk sedikit sebelum dimasuk kan kadalam peti sejuk (jgn masuk dalam freezer lagi dah).
** Kalau nak rasa yg lebih menyerlah, boleh adjust sendiri perasa yg dibubuh
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment