RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahannya :
1. 1 ekor Ayam dipotong 16/8/ikut suka
2. 3 sudu rempah kari ikan
3. 3 sudu kunyit
4. 4 ulas bawang merah
5. 6 batang serai
6. 2 tongkol lengkuas
7. 5 sudu cili kering (blend)
8. 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
9. sedikit serbuk perasa
Cara masaknya:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan kisar bersama rempah, cili kering dan perap lebih satu jam..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus.
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.
makan dengan nasi lemak memang sedap ni...
selamat mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment