07 April 2015

Kalau orang 'alim dipanggil.. "apa kamu buat di dunia?"

share dari link fb ~ Dakwahku Untukmu Rasulullah

Kalau orang 'alim dipanggil..
"apa kamu buat di dunia?"
diberitahu "ya Allah.. saya belajar dan mengajarkan kerana Engkau.."
yang baca Al-Quran pun sama juga..
"saya membaca dan mengajar kerana Engkau.."

" Kamu dusta!!!.." Allah berfirman.. 
malaikat pun mengatakan.. "kamu juga dusta!!!"
yakni malaikat menjadi saksi kepada apa yang dikatakan oleh Allah سبحانه و تعالى

Allah tahu apa yang ada di dalam isi hati orang yang dia membaca Al-Quran.. 
isi hati orang yang berilmu itu..

Ulama'.. kedudukan ulama' begitu hebat di Akhirat nanti..
diletakkan oleh baginda Rasulallahﷺ darjat para anbiya' dengan para ulama' satu darjat sahaja..
dan akan ditimbang pena para ulama' dengan darah para syuhadah.. 
lebih berat dakwat para ulama'..

Kalau para syuhadah nanti di Akhirat tahu kedudukan para ulama', mereka ingin hidup balik ke dunia nak jadi menjadi orang 'alim seorang ulama'.. kerna kedudukannya terlalu tinggi.. 
tapi pada masa yang sama.. HUKUMANNYA PUN PALING BERAT..

Ia kedudukannya tertinggi.. hukumannya bagi mereka yang tidak menghargai ilmu yang Allah bagi pun juga paling BERAT..
akan DICAMPAKKAN sebelum orang lain..

Pertama yang akan dicampakkan ke dalam api Neraka kata baginda Rasulullahﷺ.. orang 'alim..

Kata Allah سبحانه و تعالى 
" Kamu belajar dan mengajarkan kepada orang lain supaya orang tahu dan puji kepada kamu.. kamu orang yang berilmu.. kerna kamu nakkan disanjung.. kamu nakkan ini.. kamu nakkan itu.. 
orang pun dah kata kamu 'alim..
itu yang kamu nak, orang pun dah kata kamu 'alim itu yang kamu dapat.." tak ada apa-apa disisi Allah سبحانه و تعالى ..
" CAMPAKKAN KE DALAM NERAKA.. DIHERET ITU ORANG KE DEPAN.. orang yang 'alim.. orang berilmu..

Orang yang baca Al-Quran pun sama juga..
dikatakan "apa kamu buat dengan Al-Quran?"
(mereka) mengatakan..
"kami baca kerana Engkau ya Allah.."
Allah menjawab.. kamu dusta!!!
malaikat pun mengatakan.. kamu dusta!!!
kamu baca Al-Quran supaya orang puji kepada kamu suara kamu itu indah..
orang pun dah puji suara kamu..
Orang baca Al-Quran CAMPAKKAN JUGA KE DALAM NERAKA..

Demikian orang yang jihad "fisabilillah"..
mengorbankan nyawanya.. dikatakan "apa kamu buat?"
(mereka) mengatakan.. "saya berjihad di jalan Engkau"
Allah berfirman.. kamu dusta!!!
malaikat menjawab.. kamu berdusta!!!
Kamu berjihad adalah agar supaya orang puji kamu seorang pembrenin pahlawan.. orang pun dah puji kepada kamu..
HANTARKAN KE NERAKA..

Demikian orang yang suka memberi..
mengorbankan kecintaannya kepada harta diberikan kepada orang lain.. ditanya.. "apa kamu buat?"
" saya infaq di jalan Engkau.."
Allah berfirman.. kamu dusta!!!
malaikat pun menjadi saksi.. kamu dusta!!!
kamu berinfaq supaya orang puji kamu seorang dermawan..
orang pun dah puji kepada kamu..
HANTARKAN KE NERAKA.

Nabiﷺ sebutkan 3.. bukan hanya 3..
bukan hanya terhad kepada orang 'alim.. ataupun orang baca Al-Quran..
ataupun orang berjihad.. ataupun orang yang suka memberi.. 
kepada seluruh amal perbuatan..
bilamana tidak dimaksudkan daripada amal perbuatannya ikhlas kerana Allah سبحانه و تعالى ..
tidak akan mendapatkan apa-apa di Akhirat disisi Allah سبحانه و تعالى

Barangsiapa orang yang ingin mengharap berjumpa dengan Allah..
yakni mendapatkan ganjaran daripada Allah سبحانه و تعالى.. 
hendaklah dia beramal baik.. yang soleh.. cukup beramal soleh saja?
tak menyekutukan dengan Allah sesuatu pun dalam amal perbuatan baiknya..


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment