19 April 2015


CAHAYA MAHABBAH RASULILLAH YANG MELIMPAH MENGHAPUSKAN KELAM MAKSIAT DENGAN MUDAH

"Semakin besar rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, maka kita akan semakin tidak suka untuk berbuat dosa. 

Jika Nabi Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam menyayangi kita, maka akan berpijar cahaya di hati kita. 

Apabila cahaya itu semakin meluas, maka akan mengalir ke semua anggota tubuh kita. 

Dan jika cahaya itu telah mengalir ke seluruh tubuh maka tiadalah sesuatu yang ia perbuat kecuali hanya kebaikan dan kebaikan."

[Al-Habib 'Ali bin Syeikh Abu Bakr bin Salim]

***

Berkata seorang guru kepada muridnya: 

"Nabi Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam adalah manusia sempurna (pada kehambaannya dan darjat kedekatannya kepada Allah). 

Segala du'a dan usaha mencintainya bermakna; kembalinya du'a kepada orang yang mendu'akan, tanpa ditahan-tahan. 

Ibaratnya Baginda SallaLlahu 'Alaihi Wasallam itu, laksana gelas yang sudah penuh, jika tergerak sedikit sahaja dari gelas itu, pasti tumpah.

Tumpahan itulah kembali pada diri kita, tumpahan rahmah dan anugerah-Nya melalui gelas piala Kekasih-Nya, Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam."

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment