Bersangka Baik; "Majoriti dimalaysia, berpegang dengan Mazhab Imam Syafi'e رضي الله عنه. Tapi sudah Khatam ke kita dengan pegangan Mazhab Imam Syafi'e? Kita dah buat semua ke amalan Imam As-Syafi'e? Dah Hafal ke semua Hadis seperti mana Imam Syafi'e hafal? Kita betul betul ikut tak apa Imam Syafi'e buat?"
"Kalau tidak, Jangan pertikaikan Mazhab lain. Jangan risau dengan Mazhab lain. Apa yang kita mampu hanyalah Bersangka Baik. Tinggalkan apa yang kamu ingat nampak, yang kamu tidak faham. Jaga lah diri kamu supaya kamu tidak masuk campur dengan hal orang lain dan agar kamu dapat jauhkan diri kamu daripada fitnah mereka."
"Ikutlah sepertimana kata Ulama kita Al-Imam As Syafie رضي الله عنه وأرضاه. Setiap manusia itu ibarat Sebiji Kurma. Kita makan isinya, dan buang biji nya. Apakah Maknanya? Maknanya. Ambillah Manfaat nya sahaja dan Tinggalkan sahaja perkara yang tidak mendatangkan Manfaat."
"Walaupun Manfaat itu daripada orang gila kata Saidina Ali Abi Thalib. kenapa mesti nak sesatkan orang, sesat itu perkara yang Syirik kepada Allah. Mereka Berzikir kepada Allah. Apa yang sesat? Kerana mereka zikir menari nari ke? Takpela itu Tareqat mereka, itu cara mereka Allahu A'lam. Janganlah kata sesat, cukupla kita hanya sebut cara nya Salah, bukan Sesat. Kita tidak tahu. Kita bukan Ahli nya. Sangka Baiklah. "
"Alhamdulillah kita masih berada di Bulan yang Penuh Rahmah, Taufiq dan Hidayah daripada Allah سبحانه وتعالى iaitu Bulan Rajab. Bulan yang DiHormati oleh Allah dan Bulan yang DiMuliakan Allah سبحانه وتعالى. Walaupun kita dengar macam macam cerita, Bulan Rajab bulan yang biasa, tidak ada kelebihan baginya, solat, puasa, tidak ada Hadis Sohih tentang Bulan Rajab dan sebagainya."
"Tidak perlulah Hadis Sohih dan Hadis Dhoif kalau Allah سبحانه وتعالى sudah sebut Namanya di dalam Al Quran. Cukuplah. Kenapa Allah sebut ada empat Bulan Khusus diantara dua belas bulan di dalam Al-Quran? Yang Khusus, kenalah buat Khusus untuknya. Cukuplah Allah سبحانه وتعالى sudah Muliakan nya didalam Al Quran. Tak perlu Hadis lain untuk menguatkannya lagi."
"Allah سبحانه وتعالى memuliakan empat bulan itu ketika Allah menciptakan Langit dan Bumi, Sebelum Allah menciptakan manusia, Allah sudah memuliakan empat Bulan ini. Sepertimana Allah سبحانه وتعالى, memuliakan Para Anbia dan Rasul lebih daripada manusia yang lain, Allah Memuliakan Darjat Malaikat Jibril lebih daripada Malaikat yang lain, Allah Memuliakan Hari Jumaat lebih daripada hari hari lain."
"Allah سبحانه وتعالى Berfirman; Diantara dua belas bulan itu ada empat bulan yang dihormati Allah, yakni Muharram, Rajab, Zulqaedah dan ZulHijjah dan Janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri pada empat bulan ini."
"Kenapa bukan Sya'ban dan Ramadhan? Sya'ban dan Ramadhan lain Kelebihannya, tapi Kehormatan empat bulan itu lain, Perhatiannya pun lain. Marilah sama sama ambil peluang di bulan yang Allah سبحانه وتعالى Hormati ini. Kata 'Ulama, jika Bulan Rajab sudah masuk, seakan akan Bulan Ramadhan sudah sampai. "
Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment