RESEPI ROTI JOHN DAGING SEDAP
Bahan-bahannya:
2 batang roti john
1 batang timun (dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
sedikit daun sup & bawang(dihiris kecil)
4 helai daun salad
3 biji telur
1 sudu serbuk lada hitam/sulah
sedikit garam dan gula
2 sudu rempah kari daging
minyak
Bahan-bahan inti(dikisar):
2 keping daging burger
2 sudu udang kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara-cara Penyediaannya:
Kisar semua bahan-bahan untuk inti.
Satukan kesemua bahan tadi dengan bahan2 yang dihis ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur dan masukkan garam,gula,rempah kari dan lada hitam.
Kacau rata kesemua bahan-bahan tadi.
Belah dua roti john
Letak rata bahan-bahan tadi ke atas roti yang telah dibelah dan masakkan dengan api perlahan.
Masak sehingga kekuningan dan angkat
Susunkan hirisan timun, bawang, daun salad dan letakkan mayonis dan sos cili.
Potong ikut saiz yang dikehendaki dan boleh lah dihidangkan.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment