27 April 2015

KUIH LOPES

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

KUIH LOPES
like -->> Shop Paradise

Bahan-Bahan:
3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
Daun pisang
Bahan untuk Air gula:
Daun Pandan
Gula melaka
Air

Cara Penyediaan:
Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
Panaskan pengukus.
Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak td, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.
Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yg ditegangkan. Selamat mencuba!

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment