5 Jenis Asam Pedas Yang Wujud Di Malaysia By vitdaily · On 13th April 2015
Asam pedas merupakan makanan yang sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan juga telur masin. Oh, rindunya kami mahu makan asam pedas di Melaka.
Tahukah anda, di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis asam pedas yang anda boleh cuba? Malah setiap asam pedas kadang-kala terkenal di negeri mereka sendiri.
Kami kongsikan kepada anda beberapa jenis asam pedas yang mungkin boleh jadi menu anda hari ini atau pun buat anda mahu masak terus. Orang Melaka sila jemput kami makan asam pedas di sana. Fuh, bayangkan saja pun sudah berpeluh dahi sebab terasa pedas dia.
1. Asam Pedas Pari
Asam Pedas Pari merupakan asam pedas yang sangat popular di Malaysia. Boleh dikatakan di setiap gerai mahu pun restoran di Malaysia ada menyediakan juadah ini.
Tetapi, bukan semua pari yang dimasak kena rasanya. Sebab itu ada kedai yang masak ikan pari jadi keras. Jika anda tahu mana makan asam pedas pari yang best, boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen.
2. Asam Pedas Tetel
Asam Pedas Tetel merupakan bahagian daging lembu yang lembut, bercampur dengan urat, tulang dan lemak. Kena pandai pilih juga daging tetel kerana jika salah, memang liat habis jadinya.
Asam pedas tetel ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri
3. Asam Pedas Ikan Kembung
Asam Pedas Ikan kembung macam senang saja mahu buat. Campak daun kesum dan tomato, terus siap. Malah kami rasa asam pedas ikan kembung sangat sihat untuk dijadikan sebagai makanan diet, tidak begitu?
4. Asam Pedas Ikan Merah
Asam Pedas Ikan Merah pula memang manis-manis isi dia. Biasa datang dengan harga yang agak mahal, ia sedap dimakan dengan hidangan nasi putih bersama telur masin sambal belacan dan ulam-ulaman. Okay, kami sudah telan air liur sekarang.
5. Asam Pedas Ayam
Ini merupakan kegemaran baru kami, asam pedas ayam. Biasanya popular di negeri Johor, asam pedas ayam merupakan juadah yang jarang kami jumpa.
Malah ada juga kawan kami yang suka makan asam pedas dengan kicap manis. Banyak sungguh kegunaan kicap manis ataupun masin, habis semua boleh digunakan
Apa-apa pun, kami memang sukakan makanan dengan selera Malaysia. Jom kongsikan beberapa jenis asam pedas yang kami tidak tahu di ruangan komen.
Kepada anda yang ingin berkongsi tips masakan atau lokasi tempat makan yang menarik, boleh follow kami di Facebook danInstagram. VD
share dari link blog ~ http://vitdaily.com/5-jenis-asam-pedas-yang-wujud-di-malaysia/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
share dari link blog ~ http://vitdaily.com/5-jenis-asam-pedas-yang-wujud-di-malaysia/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment