21 April 2015

MENINGGALKAN MAJLIS ILMU

share dari link fb ~Siti Aminah

MENINGGALKAN MAJLIS ILMU

Sabda Nabi ﷺ: "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah سبحانه وتعالى akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju ke syurga. Sesungguhnya para malaikat menebarkan sayap-sayap mereka kepada orang yang menuntut ilmu, kerana ridha dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut."

"Tiada alasan untuk kita semua untuk tidak menuntut ilmu. Menghadiri majlis-majlis ilmu melainkan kita semua duduk dikawasan pendalaman. Dikawasan hutan. Dikawasan yang sukar dicapai oleh para ulama. Berapa ramai dikalangan kita yang belajar tanpa guru? Dia membaca sana dan sini, lalu mengambil fahaman sendiri daripada penulisan ulamak. Ikut kefahaman sendiri. Tanpa merujuk kepada ulama atau orang yang ahlinya." 

"Berapa ramai dikalangan kita yang meninggalkan majlis-majlis ilmu. Jangan tunggu ikhlas baru nak menuntut ilmu. Memang ada ancaman terhadap orang yang meninggalkan amalan. Ancaman yang lebih berat terhadap orang yang mempunyai ilmu kerana tidak beramal dengan ilmunya maka ianya lebih berat berbanding si jahil kerana dia tidak mempunyai ilmu. Memang ada."

"Tetapi kita harus faham satu aspek iaitu dia meninggalkan majlis ilmu itu terus. Yang mana meninggalkan ilmu, meninggalkan majlis ilmu, meninggalkan pendampingan dengan ahli ilmu, Para Ulama, meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dipelajari. Maka dosa penghisaban, perhitungan seseorang itu yang meninggalkan majlis ilmu di hadapan Allah سبحانه وتعالى adalah lebih berat lagi."

"Berbanding dengan orang yang berilmu tetapi dia tidak beramal dengan ilmunya. Dia meninggalkan amal, naam benar memang orang berilmu penghisaban yang lebih kuat lebih berat. Akan tetapi secara keseluruhan orang yang meninggalkan majlis ilmu terus, itu lebih berat."

"Berapa ramai orang yang meninggalkan ilmu? Meninggalkan majlis ilmu? Takut untuk duduk di dala majlis ilmu kerana dia takut untuk mengetahui sesuatu hukum hakam ataupun perintah Allah سبحانه وتعالى yang mana kalau dirinya ketahui nanti; "Saya tidak sedia melaksanakannya. Kalau saya tidak melaksanakannya, tidak mengamalkan ilmu yang saya ada, maka ancamannya berat terhadap orang yang tidak mengamalkan ilmu itu."

"Maka pemahamannya adalah salah. Seolah-olah dia merasakan menjadi Jahil itu lebih afdal daripada menjadi orang alim atau orang yang berilmu. Seolah-olah orang yang meninggalkan ilmu, menjauhkan daripada majlis ilmu itu lebih baik lebih afdal daripada mencari ilmu. Adakah sama orang yang berilmu itu dengan yang tidak berilmu?"

"Maka keseluruhan kelebihan ilmu, fadhilat ilmu, manfaat ilmu akan terjatuh terus sekiranya dia berfikir sebegitu. Sebaliknya pemahaman yang benar sepertimana yang dikatakan oleh Imam Al-Haddad manusia itu mempunyai tiga Kewajipan. Yang pertama adalah menuntut ilmu. Yang kedua adalah beramal dengan ilmu. Dan yang ketiga adalah berdakwah yakni menyebarkan ilmu yang dipelajari."

"Maka seorang yang berilmu itu dia menuntut ilmu maka dia telah menunaikan satu kewajipan. Jika dia tidak beramal dan Tidak berdakwah maka dia telah meninggalkan dua kewajipan. Dan jika dia berdakwah dan tidak beramal maka dia menunaikan dua kewajipan dan meninggalkan satu kewajipan."

"Tetapi bagi orang yang tidak menuntut ilmu, dia meninggalkan ketiga-tiga kewajipan tersebut. Dia tidak menuntut ilmu dan tidak beramal kerana dia tidak berilmu dan dia pula tidak diamalkan maka dia tidak menyebarkan ilmu kerana dia tidak mempunyai ilmu."

"Maka seseorang yang meninggalkan ketiga-tiga kewajiban itu terus adalah lebih berat di sisi Allah سبحانه وتعالى berbanding orang yang meninggalkan dua kewajiban tersebut. Melainkan sekiranya dia duduk di kawasan pedalaman di dalam hutan yang mana tidak boleh dicapai oleh Para Ulama dan dia susah untuk keluar menghadiri majlis-majlis ilmu. Insya Allah. Dengan keuzuran, alasan seperti ini akan dizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Akan tetapi seseorang yang duduk di kawasan pengajian ilmu berada di mana-mana sahaja. Majlis ilmu diketahui dengan poster-poster majlis dipaparkan di facebook, whatsapp, internet dan lain-lain. Dipaparkan di mana-mana sahaja untuk memanggil manusia untuk duduk di dalam majlid ilmu."

"Akan tetapi, ada juga yang masih tidak mahu duduk di dalam majlis ilmu. Takut untuk duduk di dalam majlis ilmu kerana takut sekiranya dirinya tidak dapat mengamalkan ilmu yang dia ketahui. Maka orang yang seperti ini penghisabannya di hadapan Allah سبحانه وتعالى adalah lebih berat lagi."

Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment