share dari link blog ~ Source: http://www.plantar-fasciitis-elrofeet.com/
Plantar Fasciitis / Sakit Tumit – Dr. Ahmad Mahyuddin
Lokasi sakit ini boleh dikenalpasti dengan khusus. Apabila ditekan ia
menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu
benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut
apabila anda menekan bahagian itu.

Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:
Berat badan berlebihan
Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
Banyak berjalan atau berdiri lama

Ia boleh dirawat dengan cara berikut:-
Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam
(insole) yang lembut dan selesa
Mengurangkan berat badan
Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis)
biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
Fisioterapi – ultrasound / heat / cold
Sekiranya cara rawatan seperti yang dinyatakan di atas tidak berkesan, maka suntikan
campuran ubat anti-radang (steroid) dan ubat bius setempat (lignocaine) boleh diberi
pada tumit di kedudukan ‘plantar fasci’ (plantar fasci origin). Ini akan memberi kesan
kelegaan segera.Namun suntikan ini hanya dibenarkan maksima 3 kali setahun.
Sekiranya anda bertanya pendapat saya mengenai rawatan yang terbaik, jawapannya
semestilah dengan membuat pilihan yang bijak iaitu pemilihan serta penggunaan
kasut/selipar yang sesuai dan selesa. Ini mungkin akan melibatkan kos pembelian
yang sedikit tinggi, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh
menghindari dari menghidapi sakit tumit.
Kita tidak seharusnya mempertikaikan atau merasa berat hati untuk berbelanja lebih bagi
mendapat barangan yang terbaik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya ianya
mendatangkan manfaat dan kebaikan. Alah membeli, menang memakai…bukankah begitu?

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment