Onde-onde keladi pulak ye kawan2....resepi perkongsian drpd kak Diwi Taib ada kelainan skit drpd onde-onde biasa...cntik sbb warna purple...nak share/tag/cuba dipersilakan ye...terbaikkk
Onde-onde Keladi
200g keladi yg dah direbus -dilecek lumat
200g tepung pulut
1/2 sudu teh garam halus
150ml - 200ml air
Sedikit warna ungu
200g gula melaka potong kiub
Kelapa parut yg digaul sedikit garam dan dikukus dgn daun pandan.
Caranya:
Satukan tepung dan keladi gaul rata dan uli dgn air+ warna ungu sedikit2 hingga menjadi doh yg tak melekit. Bulatkan dan isi ketulan gula melaka. Masak dlm air mendidih hingga timbul. Toskan air dan salut dgn kelapa kukus.. dah siap...sila makan
Selamat mencuba.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment