21 April 2015

SIFAT ORANG-ORANG SOLEHAH.

share dari link fb ~Siti Aminah

SIFAT ORANG-ORANG SOLEHAH.

"Kalau kita nak jumpa dengan orang soleh maka kita dahulukan dengan amal soleh. Sebab apa? Sebab mudah-mudahan apabila kita berjumpa dengan orang yang soleh itu dengan niat yang baik dan didahulukan dengan amal yang baik. Maka akan lebih dekat dan bersih hati kita untuk nak mudah berhubung dan menerima nasihat dan apa yang disampaikan."

"Kalau kita nak mendatangi kepada Para Auliya Allah hendaklah kita dahulukan dengan amal yang soleh. Sebab apa? Sebab dikatakan kalau kamu bertemu dengan Para Auliya Allah maka jagalah hati kamu dan ketika kamu berjumpa dengan Para Pemimpin maka jagalah lisan kamu. Kalau salah cakap sikit takut-takut tak pasal-pasal akan di gam. Itu kalau pemimpin."

"Tapi kalau dengan Para Auliya Allah maka jagalah hati kamu kerana mereka itu pandangannya tembus kepada hati kamu. Sebab itu sebagai satu anjuran buat kita semua untuk mendahulukan amal kebaikan-kebaikan sebelum kita nak berjumpa dengan orang yang baik supaya mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى membuka hati dan membersihkan hati kita."

"Sehingga ketika mana kita berjumpa dengan Para Solihin atau Para Auliya Allah. Maka pancaran kepada kebaikan, kesolehan mereka itu akan menusuk masuk ke dalam hati kita, kata-kata nasihat mereka itu akan menusuk masuk ke dalam hati kita maka mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى akan menjadikan hati kita bersih dengan kita bertemu dan mendengar kepada kata-kata nasihat daripada mereka."

"Dan antara sifat orang-orang soleh adalah dia tidak pernah mencaci sesiapa. Dia tidak pernah mengaib atau mencari aib sesiapa pon. Dan dia tidak pernah mengambil tahu tentang keburukan orang lain bahkan sibuk dengan aib dirinya sendiri. Dia tidak memaki hamun bahkan tidak suka memaki. Dan dia dia menjaga lisannya dia tidak pernah bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Moga-moga kita digolongkan bersama dengan orang-orang yang soleh."

Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment