RESEPI RENDANG KUPANG PEDAS
Bahan-bahannya :
● 500gm kupang dibuang kulit
● 300ml santan pekat
● 2 sudu makan kerisik
● 2 helai daun limau purut disiat
● 1 helai daun kunyit disiat
● 2 keping asam keping
● Garam, gula dan minyak secukupnya
Bahan dikisar:
● 15 tangkai cili kering
● 10 biji cili padi
● 1 biji bawang besar
● 10 ulas bawang merah
● 5 ulas bawang putih
● 2 batang serai
● 3sm lengkuas
● 2sm halia
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dan tumis kesemua bahan-bahan dikisar sehingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan santan, kupang, kerisik, asam keping, daun limau purut dan daun kunyit.
3. Kacau rata dan biarkan masak sehingga kuah menjadi pekat.
4. Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa dan angkat.
Selamat mencuba.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment