DAKWAH KASIH SAYANG.
"Jika kita berjuang untuk Islam bukan hanya untuk dapat kerusi atau kuasa politik. Tapi mesti mengikut segala galanya contoh yg diajar oleh Rasulullah ﷺ. Sejarah membuktikan lebih lima puluh peratus orang bukan Islam memeluk agama Islam bukan kerana difahamkan dengan agama tetapi melalui akhlak yg ditonjolkan oleh orang Islam."
"Tertariknya mereka kepada Islam kerana bahasalemah lembutnya kita. Tapi kalau kita memaki hamun orang. Di mana minat mereka untuk menyertai agama kita. Dakwah itu penting. Dakwah itu bukan sahaja dengan kata-kata tapi dengan tauladan. Dengan lemah lembut sepertimana Allah سبحانه وتعالى meminta Nabi Musa a.s. berkata lemah lembut dengan Firaun. Bukan mengejek, mengata org, mencari salah orang lain. Semuanya adalah dengan cinta. Dakwah dengan cinta dengan kasih sayang."
"Carilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada cinta Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ. Hindarilah perhimpuan-perhimpunan yang membawa kepada perpecahan umat. Kita makhluk, jika Allah سبحانه وتعالى tidak turunkan sifat cinta-Nya, maka pasti kita tak ada rasa cinta."
"Kalam Allah سبحانه وتعالى, ambillah cinta dari orang yang aku cinta. Kita merayakan maulid, untuk mendapatkan cinta. Jika kita dah cintai rasul,-Nya maka Allah سبحانه وتعالى akan beri kita cinta-Nya itu. Rasulullah ﷺ bersabda, cintailah allah sebab semuanya nikmat dari Allah, cintai lah Rasulullah, kerana cinta Allah سبحانه وتعالى itu diberi kepada Nabi ﷺ."
"Kita takkan dapat hidayah Allah سبحانه وتعالى tanpa melalui Nabi. Mengikuti Nabi untuk merialisasikanya dengan menjaga sunnah Nabi, jaga amalan Nabi, berakhlak dengan akhlak Nabi kita dapat menyaksikan kebesaran Allah سبحانه وتعالى. Dengan mengikuti, mencintai kepada Nabi ﷺ."
"Jika kita cinta kepada seseorang, sifat karekter orang itu kita akan cinta. Kita tak akan dapat apa saja dari Allah سبحانه وتعالى tanpa daripada Rasulullah ﷺ. Mengikuti itu mesti sepenuhnya. Kita tahu selesai khulafa ar-rasyidin, terjadi fitnah, kemudian, muncul berbagai firqah. Khawarij dan syiah. Islam ini umpama raja agung, jemaah yang selamat ini adalah anak yang sah."
"Yang sesat pula seperti anak yang derhaka kepada raja. Jika nak selamat ikutilah putera itu. Yang mana yang paling majoriti adalah ahlus sunnah wal jamaah. Yang Kerana masalah politik itu dulu terjadi masalah firqah. Kemudian problem seterusnya adalah aqidah pula. Ilmu itu mesti diwarisi, diriwayatkan. Bersanad. Yang majoriti rantaian sanad adalah ulama-ulama ahlus sunnah wal jamaah."
Daripada Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Banteni.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment