KELEBIHAN HARI KHAMIS DALAM ISLAM
Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata," Rasulullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat tentang hari Khamis." Sabda Rasulullah s.a.w. " Hari Khamis adalah hari dimana tercapainya hajat." Sahabat bertanya lagi," Ya Rasulullah, mengapa demikian?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda," Kerana pada hari itu, Nabi Ibrahim a.s. mengadap Raja Mesir pada hari tersebut dan mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim a.s. diberi Siti Hajar."
Justeru hari Khamis adalah hari yang baik untuk menunaikan hajat, kerana Allah s.w.t. memerintahkan penunaian. Maka barangsiapa yang berhajat kepada manusia, hendaklah ia memintanya pada hari Khamis. Kebiasaannya amalan yang dilakukan pada hari khamis adalah berpuasa, sama seperti hari Isnin, dan juga membaca surah Yassin pada malam Jumaat.
Diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a. menceritakan bahawa," Rasulullah s.a.w sangat menjaga puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis." (Riwayat Imam Termidzi ).
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah s.w.t pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalan ku ( di hadapan Allah s.w.t ) pada ketika aku berpuasa." ( Riwayat Imam Termidzi ).
PERISTIWA HARI KHAMIS DALAM ISLAM
1. Nabi Ibrahim a.s. bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. setelah mereka membuang dan mengasingkannya ( pada masa ini, Nabi Yusuf a.s. sudah menjadi Raja Mesir yang terkenal dengan kebijaksanaannya.)
3. Bunyamin, saudara bongsu Nabi Ibrahim a.s. datang ke Mesir dan bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
4. Nabi Yaakob a.s. datang ke Mesir juga untuk bertemu dengan Nabi Yusuf a.s. ( anakandanya ) yang dirinduinya.
5. Nabi Ibrahim a.s. memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Fir'aun menyembah kepada Allah s.w.t.
6. Rasulullah s.a.w. memasuki Kota Mekah selepas Perjanjian Hudaibiyah.
ZIKIR HARI KHAMIS
Subhanalah Hil Azim
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment