share dari link fb ~ http://www.mmgazette.com/meningococcal-meningitis-video-kementerian-kesihatan-malaysia/
Meningococcal meningitis merupakan radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang yang membawa kepada Septisemia Meningococcal iaitu keracunan darah.
Ia disebabkan bakteria meningokokus yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Neiseria Meningitidis.Dianggarkan hingga 10% penduduk dunia menjadi pembawa penyakit ini dan tidak menunjukkan sebarang tanda sehingga kadangkala ia tidak dapat dikesan lebih awal. Malah lebih membimbangkan, bukan semua individu yang dijangkiti ‘terselamat’ apabila diserang bakteria ini.
Malah jika terselamat, terdapat kemungkinan mereka terdedah kepada komplikasi penyakit yang mengganggu sistem saraf dan menyebabkan pesakit hilang pendengaran, kecacatan otak dan kegagalan berfungsi organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang dan hati.
Cara ia tersebar, pembawa menjangkiti individu lain melalui titisan pernafasan dari hidung dan tekak. Bakteria yang masuk ke dalam tubuh kemudian mengambil masa 2 hingga 10 hari untuk tempoh pengeraman.
Bakteria juga boleh dijangkiti menerusi sentuhan dan pernafasan termasuk bersin, batuk, berkongsi gelas, straw atau rokok, bercium ataupun melalui kaedah pernafasan mulut ke mulut.
Gejala atau tanda-tanda seseorang dijangkiti penyakit ini adalah demam suhu yang tinggi, loya dan muntah-muntah, sakit kepala teruk dan kekejangan pada leher.
Mereka juga akan mengalami mengantuk dan kekeliruan selain ruam berwarna merah yang dikenali sebagai ‘petechial rash’ yang boleh menyebabkan pendarahan di bawah kulit; juga kadangkala disalahtafsir sebagai demam denggi.
Meskipun banyak kes melibatkan kanak-kanak dan bayi namun kini ia juga menjangkiti remaja dan orang dewasa.
Mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan ini adalah mereka yang tinggal ditempat yang sesak seperti asrama, mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit serta pelancong yang melawat ke kawasan endemik di seluruh dunia.
Langkah pencegahan boleh diambil dengan pengambilan vaksin Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta.
Vaksinasi selepas jangkitan bagaimanapun TIDAK BERKESAN.
Amalan menjaga kebersihan adalah antara langkah terbaik untuk mencegah penyakit ini daripada dijangkiti selain menutup mulut ketika bersin serta menjauhkan diri dari tempat yang sesak.
Ikuti perbincangan mengenainya bersama Ketua Sektor Survelan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Doktor Wan Noraini Wan Mohamed Noor.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment