Disebut sebuah kisah ada seorg lelaki dikalangan dari Bani Israel yg umurnya & ibadahnya saja hampir 500 tahun .
Kehebatan yg Allah kurniakan padanya, awan akan menutupi kepalanya walaupun tengah panas terik matahari, tak perlu payung pun awan tu akan mengiringinya menutup matahari.
-Suatu hari dia berjalan nampak seorg yg banyak buat maksiat yg lalu didepannya.
-Terlintas dihati ahli ibadah/org alim ini dia berkata :'' org jahil..ahli maksiat! , berani dia lalu didepan aku!''.Dia rasa dirinya amat hebat & lebih mulia.
-Org yg ahli maksiat itu pula, dia didalam hati dia berkata :''yaAllah, yg didepanku ini org yg alim, seorg ahli ibadah 500 tahun dlm ibadah pd Allah taala , malunya aku pada dia, rasa mcm tak layak utk aku lalu didepannya sekarang ini.''
-pada diketika tersebut, berpindah awan diatas kepala ahli ibadah ini pergi kpd seorg ahli maksiat tersebut.
-kerana apa? bukannya karamah td itu dapat disebabkan oleh ibadah yg dibuatnya, kadang² dgn dosa tersebut dan kerana rendah dirinya, Allah bg karamah yg besar juga pada dia.
-Jadi, JANGAN BANGGA dgn amalan kita & jangan rasa kita Tidak akan diberi perhatian oleh Allah disebabkan dosa itu.
-sebab itu Allah taala tidak jadikan dosa itu sia².
-jadi dosa ini untuk merendahkan diri.
-kalau mahluk lain tak pernah buat dosa, rasa kemas' sentiasa ini , jadi iblis.
-Iblis dia rasa dia kemas tanpa dosa, tak ada salah sbb itu dia tak nak sujud pada Nabi Adam sbb dia rasa dia adalah ketua kpd TokGuru kpd Malaikat.
-sbb itu iblis kata :''kenapa aku kena sujud kat dia? aku dijadikan Api, sedangkan dia(Adam) dijadikan tanah!''
-dok rasa diri kemas, rasa diri hebat ni adalah sifat iblis.
-buanglah sifat ini.
-org yg merasakan dirinya hebat sebenarnya dia kena rasa hatinya itu Allah tak sayangkan dia.
-kalau Allah SWT sayangkan kpd kita, Allah akan tunjukkan 'aib' kita untuk kita sedar tang mana kita ini.
-kita akan kembali pada Allah.
-Kadang² dosa menyebabkan kita lebih hampir pada Allah.
-bukannya suruh kita buat dosa, bukannya bagi semangat suruh buat dosa lepas ini,Tidak!
-tapi kadang² dosa menyebabkan org itu hampir dan kadang² Taat menyebabkan org itu 'j a u h' drpd Allah.
-ini bahasa Tasawwuf : kadangkala Taat boleh menyebabkan org ini jd jauh dari Allah, kadang² dosa menyebabkan org itu dekat dgn Allah.Betul tak bahasa ni? ya betul..
-kadang² dosa dia sekarang ini dan dia sedar maka dia akan kembali bertaubat.
-dgn taat yg dia buat, dia rasa diri dia HEBAT maka dia akan jauh dari Allah. Yang itulah yg dimaksudkan dalam bahasa ulamak sufi.
Wallahualam~
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment