07 April 2015

Haramnya darah (pertumpahan darah di antara kaum aus dan khajraj di zaman Rasululllah saw)

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Haramnya darah; "Dizaman Rasulullah ﷺ, ketika Nabi berada di madinah, golongan aus dan khajraj yang pada mulanya disatukan oleh Nabi, berlaku pergaduhan. Disebabkan datangnya orang yahudi, yang membawa fikiran syaitan. Datang kepada kaum Aus kemudian dia menghasut, kamu lihat khajraj melebih-lebih baik kepada Nabi sedangkan kamu yang lebih berhak."

"Kemudian yahudi itu datang pula ke kaum khajraj. Dia hassud seperti kaum aus, maka berlaku satu pergaduhan, seorang dari kaum aus, dan seru untuk bergaduh kepada kaum khajraj. Dan itulah yang berlaku dizaman kita sekarang. Mereka rasa mereka berada didalam jihad, seperti nak berperang. Apa tindakan Rasulullah ﷺ ?" 

"Nabi dengar saja pergaduhan itu berlaku, Nabi keluar rumah tanpa berlengah-lengah, rawi yang menceritakan kisah ini mengatakan kami lihat, Nabi ﷺ sampai tergesa sehingga tak sempat pakai ridanya, Nabi memegang rida tersebut tanpa memakainya sehingga Nabi keluar sampai ke tempat pergaduhan itu, dan Nabi menghentikannya, Hentikan hentikannya, ianya busuk. Tinggalkan! Tinggalkan!"

"Kalaulah Nabi ﷺ lihat perkara yang berlaku ini pada ummat islam Sekarang. Pasti Nabi akan kata, tinggalkan perkara ini, ini perkara yang busuk. Diantara pesanan Nabi ketika Haji Wada'. Kata Nabi, Janganlah setelah pemergianku ini, kamu bergaduh sesama sendiri. Darah kamu. Maruah kamu, harta kamu, adalah haram keatas kamu, seperti haramnya pada hari ini."

"Kalaulah kita rampas sebatang pen, pasti ianya akan dihisab oleh Allah سبحانه وتعالى, kerana itu hak orang. Kes yang akan diselesaikan dimahkamah Allah سبحانه وتعالى, adalah petumpahan darah. Orang islam akan diberi kemaafaan oleh Allah سبحانه وتعالى, selagi dia tak tumpahkan darah seorang islam. Jika dia menumpahkan darah manusia, akan dipersusahkan perhisabannya."

"Nabi ﷺ larang untuk kita ceburkan diri. Nabi larang kita libatkan mana-mana pihak. Kita kena tinggalkan fitnah ini, jangan ambil bahagian dan jangan hasud orang untuk masuk dalam pembunuh itu. Jangan libatkan diri. Apa yang kita kena buat, Bila ada nya fitnah. Nabi pesan, Siapa yang menjenguk fitnah dan ingin melibatkan diri, maka dia akan ditarik sepenuhnya dalam fitnah itu, maka kita jangan masuk walau sedikit pon, banyakkan doa untuk ummat islam diakhir zaman ini. Damaikan ummat islam, jangan menambah pecah belahkan ummat islam."

Daripada Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment