09 April 2015

Syafaat Kubro

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Syafaat Kubro; "Ketika Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah سبحانه وتعالى daripada syurga ke dunia ini. Nabi Adam a.s telah memohon taubat daripada Allah سبحانه وتعالى, memohon taubah meminta istighfar keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى, tetapi jawapan-Nya tak kunjung tiba kepada Nabi Adam a.s. sehingga pada suatu hari datang ilham kepada diri Nabi Adam a.s. Sehingga beliau berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى. "Ya Allah, dengan keberkatan Muhammad, ampunkanlah aku." 

"Maka Allah سبحانه وتعالى bertanya kepada Nabi Adam a.s. "Wahai Adam, dari mana engkau mengenali tentang Muhammad sedangkan dia belum lahir lagi di dunia ini." Maka Nabi Adam a.s mengatakan. "Ya Allah, ketika aku berada di syurga dan aku telah mendongak ke langit, dan aku melihat di atas arash-Mu tertulis kalimah 'Laailaha illallah Muhammadur Rasulullah'."

"Maka sejak itu wahai Allah, aku telah yakin bahawa tiada makhluk yang paling mulia, tiada makhluk yang paling afdal, tiada makhkuk yang lebih baik daripada namanya yang bercantum dengan nama-Mu di atas arash-Mu yang mulia. Namanya yang digandingkan dengan nama-Mu di atas arash 'Laailaha illallah Muhammadur Rasulullah' " Muhammadur Rasulullah tidak boleh dipisahkan pada Laailaha illallah. Kerana ini adalah orang yang paling dicintai, makhluk yang paling afdal secara itlak Nabi Muhammad ﷺ."

"Dan hadis yang lain menyatakan bahawa, "Kunci kepada Jannah adalah Muhammad, Rasulullah ﷺ." Dan Yang mula-mula membuka pintu Jannah adalah Nabi Muhammad ﷺ. Tidak ada siapa yang boleh mengetuk pintu Jannah untuk seluruh manusia untuk masuk kedalamnya kecuali Nabi Muhammad ﷺ. Tiada siapa yang mendahului masuk kedalam syurga sebelum Nabi Muhammad ﷺ."

"Orang yang pertama yang diberi keizinan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberi syafaat, syafaat yang gempar dijanjikan kepada Nabi Muhammad ﷺ, yang syafaatnya bukan meliputi umatnya tetapi seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam a.s. Sehingga umat yang terakhir. Dimana syafaat kubro yakni syafaat yang besar dimiliki oleh Nabi Muhammad ﷺ. Mana mungkin jika mengharapkan syafaat Rasulullah ﷺ tetapi tidak mencintai baginda. Tidak mengikuti sunnah rasulullah ﷺ."

"Jika seseorang cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى, tetapi cinta kepada Rasulullah tidak meningkat, dia tak rasa cinta kepada Rasulullah, maka cintanya kepada Allah itu bukan cinta yang hakiki. Begitu juga dengan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ, jika cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ naik, tetapi cinta kepada Allah سبحانه وتعالى tidak naik, maka cintanya masih palsu."

"Kerana cinta yang hakiki kepada Allah سبحانه وتعالى ataupun kepada Rasulullah ﷺ, apabila satu naik, yang lain akan ikut sama sekali. Tidak mungkin seseorang itu kerana cinta kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan cinta kepada Allah سبحانه وتعالى menurun, kecuali kalau cintanya palsu."

"Tidak mungkin seseorang itu cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى terlalu meningkat dan menyebabkan cintanya kepada Rasulullah ﷺ berkurang. Tidak mungkin berlaku. Kecuali kalau cintanya palsu. Cinta yang hakiki, apabila seseorang cintanya kepada Rasulullah ﷺ meningkat, meningkat, meningkat, maka cintanya kepada Allah سبحانه وتعالى Allah juga meningkat, bersama kecintaannya kepada Rasulullah ﷺ." 

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
  
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment