06 April 2013

Berselawatlah ke atas Rasulullah saw

Assalamu'alaikum WaHaI HATI


Bismillahirrahmanirrahim..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

“Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat.” (Hadis riwayat an-Nasa’i)

“Selawat umatku dihadapkan kepadaku pada setiap hari Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dialah yang akan mempunyai kedudukan yang paling dekat kepadaku.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

“Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku.” (Hadis Riwayat Thabarani)

“Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Thabarani)

“Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik, barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

“Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya.” (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

“Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua?” Jawap Rasulullah s.a.w: “Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perbanyakkanlah berselawat kerana banyak faedah dan kepentingannya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang dicinta Allah dan Rasul-Nya serta mendapat syafaat dan bersama-sama baginda di akhirat kelak. Aamiin Ya Allah.. Alhamdulillah.

Allahumma salli 'ala Muhammad,
Wa'ala ali Muhammad.

~ღ♥ღ~

No comments:

Post a Comment