share dari link fb ~Abdul Latiff Yusoh
Telah diceritakan bahawa Imam Ahmad Al-Hanbali suka menceritakan mengenai Imam Syafi'e kepada anak-anak beliau kerana Imam Ahmad sangat mencintai Imam Syafi'e. Kata Imam Ahmad, "Kalau kamu semua tidak percaya akan apa yang aku katakan, maka kamu semua boleh tengok sendiri."
Pada suatu hari, Imam Ahmad menjemput Imam Syafi'e untuk bertamu di rumahnya. Maka anak-anak Imam Ahmad memerhatikan setiap tingkah laku Imam Syafi'e. Mereka berkata kepada ayah mereka, "Kami hanya menemukan tiga perkara tentang Imam Syafi'e; 1)Selalunya seorang ulama' (orang soleh) makan hanya sedikit dan berhenti sebelum kenyang. Tapi kami lihat dia makan sungguh banyak. 2) Dia tidur malam sepenuhnya. Tidak bangun pun (untuk solat Tahajjud, Qiyamullail dsb). 3) Dia mengimamkan kami solat Subuh pagi tadi tanpa berwudhu'. Bangun dari tidur, terus solat!"
Lalu Imam Ahmad menanyakan hal tersebut kepada Imam Syafi'e. Dia menjawab, "Yang pertama; makanan-makanan kamu ini adalah makanan dari orang yang suka memberi, ia adalah ubat bagiku. Dan juga makanan di rumah seorang sheikh pasti makanan yang halal. Keduanya; sebenarnya aku tidak tidur malam. Kalian lihat sahaja mataku tertutup tapi sebenarnya aku sedang memikirkan masalah-masalah dalam ilmu Fiqh. Ketiganya; dah aku tidak tidur maka wudhu'ku juga tidak batal. Maka aku teruskanlah solat bersama dengan kalian semua."
Subhanallah!

No comments:
Post a Comment