share dari link fb ~Habib Mahdi (Madrasah At-Tazkiah)
PETIKAN PENTING TAUSYIAH AL-HABIB UMAR AL-HAFIDZ
11 APRIL 2013 / 30 JAMADILAWAL 1434H
DAR AL MUSTOFA, TARIM, HADRAMAWT, YEMEN
- "Para hadirin majlis ini (maulid Dar Al Mustofa) adalah amanah. Orang yang jauh teringin untuk hadir ke majlis ini kerana terlalu ingin membersih hati-hati mereka. Dan berubah ke arah yang lebih baik lagi. Akan tetapi, orang yang hadir di majlis ini tahu tapi tidak memberitahu dan tidak menyampaikan (dakwah) kepada orang-orang yang tidak dapat hadir."
- "Malah mereka membiarkan orang ini (yang tidak dapat hadir) sehingga mereka mati dan belum melihat wajah Baginda S.A.W. Dan beritahulah kepada mereka akan bahawasanya setiap manusia itu adalah wajib berdakwah supaya mereka kembali mencari hidayahnya."
- Janganlah kita berdakwah dan terhenti kepada hanya seseorang yang kita sayangi dan paling dekat sedangkan orang yang lain juga dahaga (akan ilmu).
- "Kamu boleh mengikuti Nabi, boleh ikuti orang-orang soleh. Mereka yang memutuskan perhubungan dengan Nabi semuanya akan menyesal di akhirat kelak!"
- "Kini wanita-wanita dan anak-anak kita bila sahaja berkumpul, isu (percakapan) mereka yang mahu dibualkan hanyalah tentang artis-artis (penyanyi pujaan dan popular yang mereka kenali), baju (pakaian) yang mereka pakai, hanya mahu yang mengikuti orang Yahudi dan Nasrani. Mereka mahukan kebanggaan di antara satu sama lain, duit ayah mereka juga yang mereka guna."
- "Ayah dan ibu mereka juga yang tidak mencegahnya bahkan ada yang menyokong anak-anak mereka. Mereka mengajar dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Baru berumur 7-10 tahun sudah mempunyai telefon bimbit yang canggih-canggih."
- "Melihat gambar-gambar yang penuh dengan maksiat boleh menggelapkan lagi hati mereka dari berzikir di siang dan malam."
- Jangan jadikan kehidupan seharian hanya dengan kesibukan duniawi semata-mata. Bahagi-bahagikanlah masa dengan seadil dan sewajarnya.
- Walau langit dan bumi itu berjauhan, ia mempunyai kelebihannya tersendiri. Langit ada kelebihan, bumi juga ada kelebihan. Oleh kerana itu langit dan bumi perlu satu sama lainnya. Seterusnya itulah manusia juga saling memerlukan.
Jadikan point-point tausyiah Habib Umar ini sebagai panduan dan motivasi buat kita. Maaf, tak dapat nak sampaikan terjemahan tausyiah penuh habib. Jika ada kesilapan, boleh ditegur dan ditambah. Afwan.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment