share dari link fb ~Buku Resepi
Sosej Roll
Oleh:Hidayatul Hafiza
Bahan:
5 keping Roti Gardinea
5 batang Sosej
Breadcrumb
2-5 biji telur
kuning telur - sbg gam
Serbuk lada hitam
Cheesedale (jika perlu)
Secubit garam
* utk 2-3 org mkn
- mula2 potong tepi roti yg berwarna coklat tu.. tujuan buang tepi2nya supaya bila goreng nanti dia x hitam..
- rebuskan sosej seketika.. jgn lama sgt nnti dia pecah..
- ambil roti yg telah dibuang tepinya dan canaikan/ lenyekkan biar leper.. guna gelas je pon xpe..
- letak sosej di hujung roti dan gulungkan.. kalau nak letak cheese, ambil roti letak cheese di atasnya kemudian letak sosej dan gulungkan..
- gamkan hujung roti yg telah digulung td menggunakan kuning telur.. buat sampai habis n ketepikan.
- pecahkan 2 biji telur dahulu dalam pinggan jika kurang baru tambah, letak sedikit serbuk lada hitam dan garam, kacau.. tak nak letak lada hitam pon xpe..
- sediakan satu pinggan/dulang, tuang breadcrumb di atasnya.
- ambil roti yg telah digulung td, celup dan gulingkan dalam telur. jgn rendam tau cukup sekadar semua roti td terkena telur.
- angkat dan gulingkan atas breadcrumb pula.. buat sampai habis.. okeh da boleh goreng.
- sila goreng dgn api sederhana. agak2 da perang bole angkat dan hidangkan bersama sos dan mayonis..
#jika inginkan sosej roll yg rangup bole la buat double coating, dimana roti yg siap di salut dgn breadcrumb td, dicelup semula dlm telur dan di salut dgn breadcrumb sekali lg dan goreng.
# bole tukar sosej dgn crabstick
No comments:
Post a Comment