Tujuh sunnah Nabi; "Didalam kehidupan kita sehari-hari, adakalanya kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah سبحانه وتعالى. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan. dan mujurlah Allah سبحانه وتعالى selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat."
"Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi Muhammad ﷺ, setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Rasulullah ﷺ itu adalah; "Yang Pertama adalah Tahajjud. Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah سبحانه وتعالى."
"Yang Kedua, Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat tiga Qul, atau ayat qursi."
"Al-Quran bukan hanya untuk mereka yang punya ibu bapa. Bukan juga utk mereka yang punya ibu atau bapa sahaja. Bukan juga hanya untuk mereka yg tidak punya ibu bapa. Kalam Allah utk semua. Tidak ada pengecualian atau khusus buat sesiapa sahaja. Ianya untuk semua."
"Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah buatlah sepertimana yg diajar oleh Rasulullah ﷺ. Baginda bersabda; "Ajarkan kepada anak kamu kepada perkara tersebut iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul-Nya dan cinta kepada Al-Quran."
"Yang Ketiga adalah, Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah سبحانه وتعالى yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah سبحانه وتعالى."
"Yang Keempat adalah,
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Dan Yang Kelima adalah, Jaga sedekah setiap hari. Allah سبحانه وتعالى menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah سبحانه وتعالى berlipat kali ganda."
"Yang Keenam adalah, Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan yang Ketujuh adalah, Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah سبحانه وتعالى."
"Zikir itu adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan juga hedonisme."
Daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment