AJAIBNYA CIPTAAN ALLAH SWT!
Sedar atau tidak, ada beberapa bentuk buah dan sayuran di dunia ini yang manfaatnya sesuai dengan bentuk organ manusia. Kalau kita perhatikan betul-betul, bentuk peria katak mempunyai persamaan dengan bentuk pankreas.
Pankreas adalah organ penting dalam sistem pencernaan manusia. Salah satu fungsinya ialah untuk menghasilkan insulin, hormon yang bertanggungjawab untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Kalau tidak ditukar, gula akan kekal dalam sel dan menyebabkan paras glukos yang tinggi, seterusnya mengakibatkan diabetes.
Peria katak memang merupakan herba ciptaan Allah S.W.T yang menjadi penawar semulajadi kepada penyakit kencing manis atau diabetes. Keberkesanan peria katak dalam merawat diabetes telah mendapat pengiktirafan daripada pakar saintis di pelusuk dunia. Hebat kan?
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment