Sudah sedekah hari ini?|
Bagaimana jika kita tidak mempunyai sesuatu untuk disedekahkan?
Sedekah bukan hanya mengeluarkan harta atau wang saja.
Nabi Muhammad S.A.W mengatakan bahwa:
"Segala bentuk kebaikan adalah sedekah" (HR Muslim)
Dalam hadis lain pula,
“Setiap persendian manusia di wajibkan untuk bersedakah setiap harinya bermula matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Banyak lagi hadis lain yang menyebutkan tentang kewajipan bersedekah.
Oleh itu, di bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita perbanyak sedekah kita, walauapapun caranya. Jangan sampai kita menunggu kaya atau senang baru hendak bersedekah. Dan jangan sampai kita menunggu sampai nyawa kita diambilNya tanpa sempat bersedekah. Kerana pada saat itu harta kita sudah dipastikan bukan milik kita lagi tetapi sudah menjadi milik ahli waris.
Sudah bersedekah?
No comments:
Post a Comment