ALLAH MELIHAT KEPADA USAHA KITA BUKAN HASILNYA
Sesungguhnya ALLAH itu melihat kepada usaha yang kita lakukan. Bukannya hasilnya. Bukannya keputusannya. Jangan mengharapkan hasil yang memberangsangkan dalam setiap usaha yang kita lakukan. Serahkan segalanya hanya pada DIA. Yang penting kita sudah berusaha sehabis daya untuk melaksanakan setiap suruhan dan perintah-NYA.
Masih ingat kisah burung kelicap, si burung kecil yang berusaha untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Si burung kecil ini diketawakan oleh binatang lain kerana amat mustahil api itu dapat dipadamkan hanya dengan beberapa titis air dari burung kelicap itu. Walaupun si burung kecil ini berulang beribu kali mencurahkan air dari paruhnya ke atas api yang sedang membakar Nabi Ibrahim sekalipun, api itu tidak akan padam.
Namun apa jawab burung kelicap ini kepada semua binatang yang mentertawakannya? "Pada hari pengadilan nanti, apabila ALAH bertanyakan kepadaku apa yang aku sudah lakukan untuk agama ALLAH, aku akan katakan kepada-NYA bahawa aku pernah mencuba untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim."
Subhana-ALLAH! Sungguh hebat sekali semangat si burung kecil ini. Itulah yang dikatakan, ALLAH melihat pada usaha, bukan hasilnya.
Ayuh, kita usahakan sesuatu untuk agama ALLAH. Biar nanti bila kita ditanyakan apa yang kita lakukan untuk agama ALLAH, kita mampu menjawabnya dengan lancar. Tanpa ragu-ragu. Insyaa-ALLAH.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment