01 July 2015

MULIA SUNGGUH GURU INI

share dari link fb ~ Mohd Hanif

MULIA SUNGGUH GURU INI.

Dalam waktu Tahajjud pada suatu masa Habib Umar keluar untuk mengadakan bacaan wirid sebelum solat Subuh di Dar Al Mustofa. Sesampai sahaja di pintu gerbang Dar Al Mustofa, beliau mendapati pintu masih terkunci kerana belum dibuka oleh salah seorang anak murid beliau yang bertugas memegang kunci pintu tersebut. Al-Habib menunggu sekian lama tetapi anak muridnya itu tidak juga kunjung tiba.

Dengan tawadhu'nya beliau pun menghamparkan rida'nya (shawl) di atas debu di tepi jalan di depan Dar Al Mustafa, lalu mulai menunaikan solat. Boleh saja Al-Habib memanggil anak muridnya supaya datang ke madrasah untuk membuka pintu, tetapi Al-Habib sengaja tidak berbuat begitu. Beliau menyangka baik, kemungkinan anak muridnya masih tidur kerana terlalu penat. Al-Habib hanya tersenyum bila ada orang yang lalu lalang melihat beliau.

Begitu tinggi tahap kesabaran beliau. Apa agaknya jika dibandingkan dengan kita? Sudah tentu sekali perasaan di hati membuak-buak api kemarahan. Malu untuk solat tepi jalan. Ditambah lagi penat dan jenuh menunggu.

Sampailah matahari terbit barulah muncul anak muridnya yang memegang kunci itu. Dia menunduk malu semahunya di hadapan Al-Habib lalu dia terus minta maaf kerana tidak sedar dari tidurnya. Muka Al-Habib tetap tenang lalu berkata, "Tidak mengapa. Allah telah takdirkan ia begitu."

Sesudah itu, seperti tiada apa-apa pun yang terjadi, Al-Habib mengadakan aktiviti di madrasah seperti biasa. Bahkan rutin pengajian pelajar dan guru di madrasah juga berjalan seperti kebiasaannya. MasyaAllah. Begitu mulianya akhlak Al-Habib. Semoga kita semua dapat mengikuti jejak langkah seperti beliau, yang tidak lain tidak bukan semuanya dari akhlak yang di bawa dari Ahmad Al-Mustofa Shallallahu alaihi wassalam

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment