14 July 2015

RESEPI LALA MASAK MASAM MANIS ALA THAI

share dari link fb ~ Denaihati Network

RESEPI LALA MASAK MASAM MANIS ALA THAI

Bahan-bahannya :
● 200gm lala
● 4 sudu sos tiram
● 4 sudu sos cili
● 4 ulas bawang putih yang dikisar
● 1 biji limau nipis (ambil jusnya sahaja)
● 1 sudu sos plum
● 50gm nenas
● 50gm timun
● 1 biji bawang besar yang dihiris
● 1 biji cili benggala merah yang dihiris halus
● Garam

Cara memasaknya :
1. Tumiskan bawang putih dan cili boh hingga menjadi garing.

2. Kemudian masukkan timun, nenas, bawang besar dan cili benggala merah dan biarkan seketika.

3. Selepas itu anda masukkan pula lala, sos cili, sos tiram, sos plum dan jus limau nipis.

4. Setelah di campurkan semuanya anda masukkan garam mengikut citarasa anda.

5. Kulit lala akan terbuka apabila ianya telah masak.

sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment