23 July 2015

KEK SARANG SEMUT

share dari link fb ~ Ida Shahida

Setakat 10hb mac 2015 sudah 63,958 orang yg share resepi ini.....jadikan satu juadah istimewa.lain dari yg lain...mesti disukai oleh orang orang tua kita....
DALAM SEMUA SEMUA RESEPI SAYA NI.....KEK SARANG SEMUT INI LAH YANG MENJADI JUARANYA........TENGOKLAH DAH BERAPA RIBU ORG YANG SHARE.....KLU BUAT GERENTI JADIK DAN SEDAP!!!

gambar kek ini adalah yg terbaru iaitu ketika me
nyambut aidilfitri yang lepas...
mesti ramai yg suka makan kek ni kannn.... cuba buat!! mudah je...saper saper pun mesti boleh buat sebab dah ribuan org yg buat guna resepi nie semua menjadi.....malah sedap lazat nikmat lg...

mesti ramai yg suka makan kek ni kannn.... cuba buat!! mudah je...saper saper pun mesti boleh buat sebab dah ribuan org yg buat guna resepi nie semua menjadi.....malah sedap lazat nikmat lg...

KEK SARANG SEMUT

1 cwn gula putih
1 cwn air panas
3 sd besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(hati hati sebab dia akan meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 bijik telor
3/4 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara2:-
Pukul telor sampai kembang & pekat. (guna mixer)
Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanila
last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 1 jam . suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama 50-60 minit ( kukus lebih sedap sebab lebih moist)

**tips:
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam.tapi camana pun terpulang pada anda . kalau nak warna perang koko sikit...jangan hanguskan sangat air gula tu nanti...(saya suka yg macam ini sebab kurang rasa pahitnya).

2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi 2-3 minit saja

masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....

3.lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

PETUA PETUA MEMBUAT KEK SARANG SEMUT

(p/s :sila add saya di fb yabg baru - ida shahida II )

1. Ida Shahida kek tidak bersarang cantik tu salah satu sebabnya masa peram bekas peraman tidak ditutup rapat- baik guna tupperware bertudung. dan lg satu sebab sekejap buka, sekejap tutup, sekejap buka sekejap tutup. tidak boleh!!. sepanjang proses memeram dan mengukus anda tidak boleh sesekali membuka tudung tupperware atau tudung pengukus. tudung pengukus mesti dibalut untuk memastikan haba terperangkap .
2. kacau sampai mentega cair' ... SEPERTI INI...Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(hati hati sebab dia akan meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan ..maksudnya....cairkan gula dulu sampai warna perang cantik..pastu masukkan air perlahan2.matikan api dan terus masukkan mentega dan dikacau supaya cair. pastu ketepikan. buatlah langkah seterusnya pula ...
3. masak air gula jangan terlalu lama nanti jadi warna hitam@gelap. ini akan menyebabkan kek anda akan terasa pahit sangat. oleh itu masak dengan api yg perlahan sekali.sentiasa dikacau2. sebab mudah hangus. bila air gula dah nampak warna perang perang atau keperangan cepat cepat tutup api dan masukkan air serta gula. warna air gula juga akan menpengaruhi warna kek anda nanti!!
4. untuk nk balut aluminium pd bekas kek...mesti jarak adunan bersesuaian iaitu pastikan bila masak ia tk membukit naik...kalau dia naik sangat alamatnya akan terkenalah kertas aluminium itu...maksudnya bubuh adunan jngn banyak sAngatlah. di atas aluminium tu...bila dah selesai balut kena koyakkan kertas aluminium sikit supaya masak cantik. klu tk guna krtas aluminium pun tk apa tapi tudung pengukus mesti kena balut dng kain
5.guna mixer lebih cantik hasilnya sebab kelajuan mixer tu tak sama dng tangan tapi klu tkde mixer boleh guna blender tapi cuci bersih2 tauuu
6.'mcm ni lah bentuk dalamnya bila masak sejuk dan setelah dipotong...warna kek tersebut bergantung pada gula hangus yg kita masak nanti. jika nk warna kek agak keperangan dan tidak terlalu pahit...gula hangus nanti dimasak jangan sampai jadi warna hitam ( rujuk gambar dibawah)
7.Mesti kena guna api kuat sekali dari mula sampai masak....setiap kali mengukus.
8.Dikeseluruhan pelengat atau loyang mesti disapu minyak sedikit supaya kek tidak melekat
9. gula kena masak dulu sampai bertukar jadi warna perang muda. sepanjang proses memasak gula ni mesti terus dikacau sebab ia mudah hangus...bila dah jadi warna perang kekuningan cepat cepat tutup api dan terus masukkan air sedikit demi sedikit.pastu kacau dan terus masukkan butter@ mentega..kacau...ketepikan...sambung proses seterusnya pula. ( butter kena masukkan sebaik sahaja masukkan air sbb kalau gula sudah sejuk butter tidak hancur). 
lagi sekali nak ditekankan disini:-
1. tudung pengkus kena balut dengan kain kecuali jika loyangnya di balut dengan kertas aluminium.
2. sepanjang proses mengukus , tudung periuk pengukus tidak boleh dibuka sekali kali.
3. sepanjang proses memeram adunan, jangan sesekali buka tudung bekas adunan. kalau dibuka akibatnya kek anda tidak bersarang cantik.
4. "Api kuat "mesti dugunakan dari mula sampai selesai mengukus. api jng sekejap kuat sekejap perlahan. kek bantat.
5. selepas diperam adunan hendaklah dikacau sekejap dengan menggunakan senduk plastik atau kayu . bertujuan untuk sebatikan adunan.

6. peram adunan dlm bekas lain(bertutup) bila dah cukup tempoh peraman...kacau dengan senduk kayu sekejap sekadar sebatikan saja...pastu baru dipindahkan ke loyang untuk dikukus

7. kenapa kek satang semut tidak bersarang. teknik masa buat kena betul.tidak hanya terletak pada proses peraman sahaja.
Kemungkinan besar anda tersilap teknik membuatnya. Pastikan gula dimasak terlebih dahulu dan sejukkan. Mentega dipukul dengan menggunakan senduk kayu sahaja dan jangan gunakan pengadun kek!. Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Barulah dimasukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu pekat. Sambil dikacau perlahan. Tuangkan gula hangus. Terus tuangkan ke dalam acuan dan bakar
klu teknik buat tidak betul walau diperap 4 jam pun tetap tidak bersarang cantik juga.
tujuan memeram itu adalah untuk menyebatikan dan adunan akan lebih ummmphhh....
p/s utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment