Ramai orang mahu ke syurga, tapi jom kita tafakkur sejenak untuk sama-sama MUHASABAH. Nak ke syurga tu perlu contohi cara siapa? Ikut cara anda, lulus ke untuk diterima masuk ke sana? Sudah PASTI itu angan-angan kosong belaka.
Sebagai contoh; nak ke syurga tapi solat tidak dijaga (tidak solat), nak ke syurga tapi dedah aurat merata atau tutup tapi tidak patuh syariat secara sempurna, nak ke syurga tapi tunaikan ibadah ikut suka hati je dll. Tahukah anda apa itu semua? Semua itu adalah bohong belaka & rugi yang nyata. Jelas sungguh itu angkara syaitan & tipudayanya. Yang alim (tak beramal) pun boleh terpedaya, apatah lagi yang jahil tentang agama!!! Nauzubillahi min zalik
frown emoticon
Sahabat, manusia jenisnya EMPAT;
1. Senang di dunia, senang di akhirat.
2. Susah di dunia, senang d akhirat.
3. Senang di dunia, susah di akhirat.
4. Susah di dunia, susah di akhirat.
Jadi, muhasabah kembali perlu contohi cara siapakah untuk mendapat tempat 1 & 2 iaitu SENANG DI AKHIRAT (syurga)? Tidak lain & tidak bukan hanya dengan IKUT CARA NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم sahaja, TIDAK selainnya.
Contohi Baginda صلى الله عليه وسلم dalam segenap hal dari yang FARDHU hingga ke SUNAT. Anda tidak màmpu tahu semua itu kecuali dengan ILMU. Ilmu itu cahaya. Cahaya itu akan membimbing anda untuk amalkan apa yang UTAMA. Tanpa ilmu, yang sunat didahulukan & yang fardhu diabaikan. Dengan ilmu pula, fardhu diutamakan & sunat sebagai pelengkap.
Sahabat, saya mengingatkan diri saya & anda bahawa "hanya dengan mencontohi Rasulullah صلى الله عليه وسلم sahaja adanya kejayaan, kebahagiaan, kekayaan & kesejahteraan yang kita dambakan". Memahaminya adalah dengan mengikuti para ulama'. Cari ilmu & belajarlah dengan ulama' yang solihin (ASWJ).
Foto: Ali-I'mran: 31.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment