Puding koktail buah-buahan
Oleh:Nani Zaik
10gm serbuk agar2
3cwn air
1/2 cwn gula
Setin susu sejat
Setin koktail buah2 (tos airnya)
Cara2
-campur serbuk agar2 + gula, kemudian tuang air
-jerang atas api sampai didih sambil dikacau supaya tak berketul
-masukkan susu sejat,panaskan sekejap kemudian boleh terus tutup api (tak perlu sampai didih)
-campur 5sudu besar air koktail dalam adunan tadi dan kacau rata
-kemudian tuang campuran tu dalam loyang dengan penapis (untuk dapatkan puding cantik berkilat n tak berketul)
-ambil buah koktail,guna sudu dan campurkan dengan adunan tadi
*nak tuang semua buah pun boleh tapi saya letak separuh je..separuh lagi saya tunggu puding hampir keras dan letak di atas adunan puding supaya ada buah di bawah dan juga atas puding*
-sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong
-sedap dan menyegarkan!!
No comments:
Post a Comment