Rendang ayam kat dapur dah habis. Tapi ramai lagi tetamu nak datang rumah. Buat rendang tok sedap juga kan? Ini resipinya:
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dipotong ikut suka
200gm kerisik
100gm serai | dihiris
20gm daun limau purut
600ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10gm cili padi
10gm cili kering
50gm bawang merah
30gm bawang putih
30gm lengkuas
20gm halia
20gm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging dan santan pekat. Didihkan.
3. Setelah itu masukkan serai dan daun kunyit. Kacau rata.
4. Apabila kuah sudah kering dan daging telah empuk, masukkan kerisik dan perasakan secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan gaul sebati.
Selamat memasak!
Untuk lebih banyak resipi menarik, jangan lupa layari laman web Rasa di rasa.karangkraf.com
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment