Resepi Puding Roti Bakar
Bahan-bahan :
6 keping roti
2 cawan susu segar (yang macam HL tu)
1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sikit)
2 biji telur ayam
4 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
kismis or prune secukupnya
Cara-cara
carik-carikkan 6 keping roti ke dlm bekas
cairkan mentega dan tuang mentega itu ke atas roti yang telah dicarikkan
Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula ke dalam bekas yang lain.
Pukul sehingga gula hancur. Boleh masukkan esen vanilla jika ada
Tabur kismis jika ada ke dlm loyang dan seterusnya tuang bahan-bahan yang dipukul.
Bakar pada suhu 175 celsius sehingga emas kekuningan (lebih kurang 35 minit)
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment