07 July 2015

pesanan Tuan Guru Zulikifli Ismail dalam satu kuliah yg lalu ~"Kena mengaji. Baru selesai masalah umat Nabi Muhammmad Sallalahu alaihi wasallam."

share dari link fb ~ Hayat Henshin Fillah

Bismillah.

Masih terngiang ngiang didalam ingatan kalimat2 serta pesanan Tuan Guru Zulikifli Ismail dalam satu kuliah yg lalu ;

"Kena mengaji. Baru selesai masalah umat Nabi Muhammmad Sallalahu alaihi wasallam."

Kata Tuan guru, 
Nak mengaji bukan main seksa.
Yang duduk dalam pondok pun ada yg tak mai mengaji. Tak hadir kelas. Tidur dibilik.

Nak bagitahu mulianya majlis ilmu, bukan semua orang dapat. Bukan semua orang boleh datang. Bukan semua orang dipilih. Sehingga yg sudah ada didalam kawasan pondok pon belum tentu dipilih untuk turut hadir ke taklim.

Allah Kareem 
cry emoticon

Benda yg bukan semua orang dapat adalah benda yg 'mahal' .

Seseorang dapat hadir duduk dalam majlis kebaikan,pasti ada asbab tertentu. Antaranya bila dikaji kaji rupanya ada diantara keturunannya atau nenek moyangnya orang2 yg soleh. Sehingga menjadi asbab dia dapat hadir ke majlis ilmu. 

Jika tiada diantara salah sorang daripada keturunannya yg soleh , seseorang itu mungkin pernah khidmat dengan orang2 soleh maka mendapat berkat doa orang yg soleh sehingga menjadi asbab untuk dia dapat duduk dalam majlis yg penuh kebaikan.

Kata Tuan Guru ,segalanya akan dikira. Yg akhirnya menjadi asbab seseorang itu terpilih dan diberi taufiq (kekuatan) untuk hadir.

Maka bersyukurlah atas nikmat itu.
Kerana kamu datang ini sebagai orang yg Allah pilihkan dalam kebaikan.
Terjemahkan syukur itu dengan zahir dan batin.
Terjemahkan dalam kehidupan dan akhlak kamu,
Didalam keinginan-keinginan kamu.
Selarikan dengan kehendak Allah Subhanahu wa ta'laa , maka kamu akan jadi manusia yang bersyukur dari hujung kaki sampai hujung rambut di atas nikmat .

Allah Kareem cry emoticon
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad 

Moga Allah pilih. Moga Allah beri hidayah dan taufiq pada kita semua istiqomah dalam kebaikan. Insya-Allah. Allahumma ameen.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment