06 July 2015

***Gegata / Kelopak Garam / Hives (Urticaria)***

share dari link fb ~ Ahmad Fazri Az-Zaituni

***Gegata / Kelopak Garam / Hives (Urticaria)***

Dibahagikan sebagai akut dan kronik. 
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan yang disebabkan oleh histamine yang akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Histamine ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Penyebab penyakit disebabkan alah kepada:

Makanan, sengatan binatang, persekitaran, kesejukan, ubatan, cahaya matahari , imun yang lemah.

Rawatan semulajadi :

1. Mandi dengan Fig Vinegar (FV) atau Apple Cider Vinegar (ACV) dicampur dengan air suam tanpa bilas dengan nisbah 1:1. (Boleh juga lap badan sahaja gunakan campuran ini). Bagi pesakit yang agak dewasa, boleh juga makan Fig Vinegar (FV) atau ACV bersama air ikut sukatan Fig Vinegar (FV) atau ACV yang disarankan pada label botol anda.

2. Bila sudah kering, lumurkan badan dengan Extra Virgin Olive Oil (EVOO) atau Virgin Coconut Oil (VCO), makan juga EVOO atau VCO.

3. Rooibos tea juga boleh digunakan untuk minum, mandi atau sapuan (dibancuh dengan air)

4. Elakkan gula.

5. Elakkan makanan yang boleh menjadi penyebab naik gegata atau pencetus histamin terutamanya sumber protein daripada haiwan seperti daging atau ayam , susu haiwan. Makanan alahan ini berbeza setiap individu, jadi kena try and error.

6. Amalkan makan makanan antihistamin , antiradang seperti bawang putih, epal, buahan vitamin C, jus roselle.

7. Berikan air kelapa segar 2 kali sehari sebaiknya kepada pesakit. Selepas minum air kelapa biasanya gegata akan keluar dengan banyak, jangan panik, terus lumur dengan EVOO atau VCO, ia akan surut kemudiannya. Mandi dengan air kelapa juga bagus.

*Penyakit ini memakan masa seminggu juga untuk pulih sepenuhnya, jadi jangan risau, fokus kuatkan imun hindarkan pencetus histamin. Ulang semua langkah di atas sehingga pulih. Ketika tidur, lumur dengan EVOO/VCO atau FV/ACV setiap sejam atau 2 jam sekali supaya pesakit lena tidurnya.

**Untuk kes seperti ini, doktor biasanya akan beri ubat antihistamin juga suntikan dan ubat sapuan steroid.

SELAMAT BERAMAL DAN MENCUBA!

Sumber: GNRAM 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment