Resepi Popia Madu Pedas
Bahan-bahan:
1 peket kulit popia
1 biji telur
2 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang merah tumbuk
2-3 sudu besar madu
1 sudu mentega untuk menumis
Sedikit bijan di goreng tanpa minyak
Minyak secukupnya untuk menggoreng popia
Cara-cara:
1. Buka kulit popia sehelai demi sehelai dan gulung letak telur di hujung nya supaya melekat.
2. Potong serong lebih kurang 1" dan buatlah sehingga habis kulit popia.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan dan tos kan.
4. Panaskan mentega, tumis lah bawang merah sehingga wangi dan keperangan.
5. Masukan cili kisar kacau rata, biarkan api perlahan kacau sehingga pecah minyak.
6. Masukan madu kacau sehingga berbuih dan pekat tutup api. Biarkan sejuk seketika.
7. Campurkan kulit popia yang telah di goreng kedalam kuali, tambahkan bijan dan gaul rata.
8. Popia madu pedas sedia untuk di nikmati.
~ Selamat Mencuba ~
Kredit Resepi to Kak Noor
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment