10 March 2015

Siapa kata Imam Mazhab ini tak hormat antara satu sama lain?

share dari link fb ~Jom Dakwah Bersama Ulama

Siapa kata Imam Mazhab ini tak hormat antara satu sama lain?

Imam Ahmad hormat kepada Imam As Syafiie, sampai peringkat Beliau mengatakan Imam As Syafiie itu, umpama matahari bagi aku, dan keafiaatan bagi jasad Aku. Selama 20 tahun aku kenal Imam As syafiie, dan aku tak pernah meninggalkan doa untuknya.
Walaupun Imam Ahmad sudah menjadi Imam Besar bagi Mazhabnya, dan telah mencapai gelaran Amirul Mukminin dalam Bidang Hadith, digelar kerana Beliau telah menghafaz 1 juta Hadith Nabi ﷺ.

Tapi kita hari ini yang Tak menghafal 10 hadith pun, hadith 40 pun dah belajar 10 tahun pun tak khatam ² .
Tiba tiba mendabik dada, nak kata tak payah pakai mazhab, pakai quran hadith.
Ini salah bentuk jenayah dalam disiplin Ilmu.

Cuba kalian senaraikan kepada saya hari ini, siapa dia orang yang seperti Imam As Syafiie?
Kalau ilmu dia boleh mengatasi, bagaimana pula dengan amalnya?

Imam as Syafie, khatam quran dalam bulan ramadhan saja, sehari 2 kali khatam quran, kalau ada yang mengatasi ilmu Imam Abu Hanifah, siapa pula yang boleh menandingi amal Imam Abu Hanifah, khatam 7 ribu kali khatam di tempat dia pembaringannya wafat.

Kata Al Imam Abdullah ibn Mubarak, Imam Abu Hanifah solat fardhu lima waktu sehari semalam dengan hanya satu whudu'.. selama 40 tahun beliau melaksanakan demikian. Siapa boleh?

Dato' Syeikh Muhammad Fuad Al Muhammadi

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment