17 March 2015

APAM BERAS

share dari link fb ~Ida Shahida

APAM BERAS (GERENTI JADI kalau betul betul ikut resepi niee...dah ramai yg buat)

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula pasir 
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
pewarna ikut suka nak colour apa..

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

petua supaya jadi cantik:

..tudung pengukus mesti dibalut kain. bancuhan jng terlalu cair kena pekat. yis tu pastikan tk luput tarikh. acuan kena panaskan dulu dlm pengukus sebelum masukkan adunan. kena guna api kuat sepanjang mengukus. jng buka tutup buka tutup tudung pengukus tu....biar cukup masa 15 - 20 minit baru boleh buka tudung. tk akan hangus! cuba lg. lama lama anda akan pandai buat dan tahu dimana silapnya

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment