24 March 2015

[Tip rezeki] ~ 9 Cara buang derita dan perasaan risau.

share dari link fb ~My Media

[Tip rezeki] 

9 Cara buang derita dan perasaan risau.

Ya Allah, permudahkan urusanku untuk
menulis ilmu-ilmu yang bermanfaat supaya
kami semua dapat mendekatkan diri kepadaMu.

Amin Ya Rabb.

Hari ini, Allah permudahkan urusan untuk saya
berkongsi secebis ilmu yang diperoleh daripada
majlis ilmu yang saya hadiri.

Ia berkaitan dengan beberapa perkara iaitu:

1) Statistik golongan Melayu yang menunaikan
solat di Malaysia.

2) Sembilan cara buang derita dan kerisauan
hidup di dunia.

===
Statistik yang seram, ngeri dan merisaukan.
===

Semasa kuliah Zohor di Surau Al Hidayah, Selayang
Indah, saya dengar penceramah berkongsi tentang
statistik golongan Melayu yang menunaikan solat
di Malaysia.

Agak ngeri juga.

Penceramah itu berkongsi bahawa hanya 8% sahaja
orang Melayu yang laksanakan solat.

Kenyataan ini berada pada peringkat asas.

Kerana beliau tidak mengulas dengan lebih lanjut.

Bagaimana pula kaedah survey itu dilakukan?

Jika kita lihat keadaan sekeliling menggunakan mata
dan akal sendiri, mungkin kita juga bersetuju
dengan statistik ini.

Hanya peratusan kecil sahaja yang berminat dan
mempunyai keinginan untuk solat 5 waktu sehari.

Yang lain, lebih rela memilih hiburan atau mendahulukan
nafsu tanpa memikirkan tentang ibadat kepada Allah.

===
9 Cara buang perasaan derita dan risau dengan
menjadi seorang...
===

Ada beberapa lagi perkongsian menarik yang dapat
saya catit sepanjang tempoh kuliah.

Antaranya adalah:

1) Nabi Muhammad S.A.W sayang pada orang yang
pemurah dan orang yang bersedekah.

2) Setiap kali waktu Subuh, turun Malaikat berdoa
kepada Allah, agar berikan kekuatan, keselamatan
dan kesihatan pada golongan yang pemurah.

3) Doa yang sebaliknya (kehancuran) pula ditujukan
pada mereka yang kedekut dan sentiasa berdusta.

4) Antara fadhilat bagi orang yang bersedekah
walaupun hanya RM1 pada tempat belajar agama,
pahalanya sama dengan gunung Uhud.

(NOTA: Poin keempat ini perlukan kesahihan hadis.
Mohon para sahabat yang mempunyai rujukan sahih
untuk reply emel ini).

5) Siapa yang mempunyai sifat kedekut, sebenarnya
dia kedekut pada dirinya sendiri. Seperti orang
yang tidak sayang dan menghargai dirinya.

6) Manakala siapa yang kedekut dan mengajak orang
lain jadi kedekut, Allah akan berikan azab yang
sangat hina di dunia dan akhirat.

7) Apabila kita buat baik dan beribadat kepada Allah,
semua makhluk di sekeliling akan menjadi saksi.

Sebagai contoh, kita menunaikan solat ketika berada di
kawasan gunung. Maka rumput, gunung, batu bata akan
menjadi saksi kepada ibadat kita.

8) Allah berjanji akan permudahkan urusan di dunia dan
di akhirat bagi hambaNya yang mempunyai sifat pemurah.

9) Apabila kita mempunyai kemusykilan dalam hidup,
maka berkemungkinan besar sifat kedekut masih ada
pada diri sendiri.

=
Bersedekah untuk melebarkan ilmu tentang agama Allah.
=

Jika kita perasan, kebanyakan poin yang saya kongsikan
banyak berkait rapat dengan pembangunan sifat sedekah
dan pemurah dalam diri.

Khususnya bersedekah pada tempat-tempat yang meraikan
majlis ilmu yang berkaitan dengan agama Islam.

Sebagai contoh? Pusat tahfiz, pusat mengajar orang
mengaji, bangunan penempatan untuk saudara-saudara
yang baru mengenal Islam dan sebagainya.

PS: Semoga bermanfaat. Saya hanya berkongsi sebahagian
kecil yang saya belajar dalam majlis ilmu. 
smile emoticon

---
Aqif Azizan
Write to Wealth Alliance Sdn Bhd

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment