24 March 2015

HUDUD MEMECAH BELAH? (Ini kata pak Menteri yg tak sokong Hudud - Hudud bukan agenda politik tapi hukum ALLAH ler pak menteri aii)

share dari link fb ~Warga Prihatin

HUDUD MEMECAH BELAH?

Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan, dengan berbagai-bagai telahan yang mengguris hati umat Islam.

Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksanaan hudud. Beliau turut berkata HUDUD dikatakan memecah belahkan perpaduan di kalangan BN dan PR. Video rakamankenyataan yang agak BRUTAL itu turut disiarkan oleh MalaysiaKini.


Katanya, usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong perlaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

“Jika tidak, tentu nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud),” kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu.

HUDUD MEMECAH BELAH ATAU MENYATUKAN UMMAT?

Memang benar hudud akan memecah belah. Tetapi harus kita kaji dahulu siapa yang akan dipecah belahkan oleh hudud? 

Sebenarnya Hudud hanya memisahkan golongan Muslim tulin yang ingin mendekatkan diri kepada Allah, yang mendambakan kehidupan yang selamat sejahtera dengan Islam DARIPADA golongan Muslim yang FASIK, yang Islamnya hanya ‘atas nama’ semata-mata.

QS: 8. Al Anfaal 37. “Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan yang buruk itu sebagiannya di atas sebagian yang lain, lalu kesemuanya dilonggokkan-Nya, dan dimasukkan-Nya ke dalam neraka Jahannam. Mereka itulah orang-orang yang merugi”.

Pada masa yang sama telah dapat dilihat dengan jelas bahawa Hudud telah MENYATU-PADUKAN hati-hati umat Islam. Itulah golongan yang benar-benar ikhlas mencintai Allah, ikhlas mendokong dan menggalang agamanya. Terlalu banyak ayat-ayat Allah yang mengesahkan fenomena penyatuan dengan hudud ini. Jazlin beleklah isikandung alquran yang mungkin sudah berabuk di atas almari rumah. 

TIDAK PERLU HUDUD KERANA NENEK MOYANG KITA TIDAK LAKUKANNYA?

Kenyataan Jazlin ini amat jahiliyah sekali. Beliau lupa melihat sejarah bahawa Islam telah dimusuhi dan dinodai semenjak kewafatan Rasulullah SAW lagi. Asakan demi asakan melalui legasi Perang Salib telah membuatkan Islam yang seharusnya semakin hari semakin berkembang menjadi sebaliknya, iaitu semakin hari semakin hancur. 

Lebih malang lagi insan yang menjadi engineer teologi dan politik yang diutus V A T I C A N untuk merancang dan menjatuhkan Islam di Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia ini pula yang amat kita sanjung dan puja. Itu tanda kita sendiri sudah tidak tahu apa yang kita buat dan apa yang kita kata. 

Kejatuhan agama ini hanya disahkan 03.03.1924 di peringkat DUNIA, bilamana sistem kekhalifahan dimansuhkan. Sebenarnya kejayaan menjatuhkannya sudah berlaku lama sebelum itu, kerana kejahilan itulah Kamal Attarturk dengan mudah boleh memansuhkan sistem kekhalifahan Islam yang menjadi MISI UTAMA Adam a.s. diturunkan ke bumi ini (QS:2/30). Akibatnya nenek moyang kita kembali zulumat, diperkotak katikkan dan menzalimi diri..

QS: 2. Al Baqarah 170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami”, walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk. 

Justeru, alasan menolak Hudud hanya kerana nenek moyang tidak melakukannya adalah salah dan bersifat JAHILIYAH. Ada terlalu banyak ayat-ayat Allah yang menjelaskan tentang fenomena ini. Antaranya QS:5/104 ; 26/26 ; 28/36 ; 26/74-76 ; 7/28 ; 7/95 ; 23/68 ; 23/24 ; 18/5 ; 14/10 ; 11/109 ; 10/78 ; 43/26 ; 36/6 dan banyak lagi.

Nenek moyang kita telah diperbodohkan dan ditekan melalui tekanan politik, ekonomi dan ketenteraan oleh penjajah. Dalam pada nenek moyang kita berhempas pulas untuk meneruskan hidup mereka menghantar jurutera teologi untuk memusnahkan semangat membangun FUNDAMENTAL agama di kalangan umat. Institusi masjid dan sekolah telah berjaya mereka tawan tanpa kita sedari.

Propaganda ekonomi, politik, pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya oleh penjajah telah sangat berjaya melumpuhkan akidah kita. Hari ini generasi kita tidak banyak tahu tentang asal usul dan asas sebenar agama ini. Kita dengan senang hati melakukan solat dan membaca quran tanpa mengetahui maknanya. Yang penting dapat pahala. 

Sedikit demi sedikit kekuatan agama ini terhakis dari kita sehingga Islam kita kini hanya tinggal nama sahaja. Tanpa sedar, kita sebenarnya telah memutuskan amalan kita melalui tabiat itu kerana alquran itu mengandungi pelbagai pelajaran dan strategi untuk memenangkan agama. Bagaimana boleh kita bergerak mengikut ilmu Allah jika apa yang kita baca tidak kita fahami maksudnya? 

HUDUD MENGANIAYA UMAT ISLAM?

Kenyataan Jazlin yang menampakkan seolah-olah undang undang Allah ini zalim adalah lebih parah dan terlalu menyakitkan hati. Tidak pasti apa yang beliau faham tentang ALLAH dan RUBUBIYAHNYA? Apa sebenarnya tahap pendirian serta akidah beliau. Istighfarlah banyak-banyak dan bertaubatlah. 

Sebenarnya Hudud itu lebih kepada peraturan yang mencegah dan mendidik, bukannya lebih kepada menghukum. Jika terpaksa dihukum pun, ia hanya melibatkan individu yang telah benar-benar disahkan bersalah, tidak sekali-kali boleh dipengaruhi oleh sentimen politik dan pangkat serta darjat. Undang-undang Allah ini paling adil. Ia dilengkapkan dengan Qisas, Takzir dan Diyat.

KESIMPULAN

Jangan sekali kali mengeluarkan kenyataan politik sepertimana puak-puak non-Muslim yang sebenar-benarnya jahil dan tidak mempunyai ikatan tentang hudud ini. Selaku Muslim, harus diingat bahawa kita ada ikatan baiah melalui syahadah dengan segala perintah Allah.

Jika kita jahil atau belum benar benar membuat ‘homework’, merujuk kepada alquran dan sunnah secara berguru dan bertalaqqi, jangan berani-berani membuat kenyataan sewenang-wenang. Ia amat mudah memesongkan akidah kita dan orang-orang lain yang juga jahil.

Jika tidak boleh membina, bahkan tidak mahu menyokong sekalipun, janganlah keluarkan kenyataan yang bersifat meroboh, memperlekeh dan menghalang. Walaupun itu adalah hak masing-masing, namun suka kami ingatkan bahawa kesan penolakan atau halangan dari kita itu amat berat sekali di sisi Allah. 

Ingatlah, Jasad Fir’aun masih dikekalkan untuk kita lihat (QS;10/90-92). Itu peristiwa sebelum Nabi SAW diutus. Kini, dapat kita lihat jasad Kamal At-tarturk tidak diterima bumi. Banyak lagi orang yang menghina Islam telah menerima ‘hukuman’ yang amat menghinakan dari dahulu hingga sekarang. 

Demikian Allah perlihatkan kemurkaannya di dunia ini lagi. Tidak mustahil ada di kalangan kita yang berani-berani menyuarakan isi hati sehingga menghina agama dan mengguris hati Allah, Rasul, Malaikat dan seluruh Umat Islam ini bakal menerima nasib yang sama. 

Sebenarnya ITU SUDAH PASTI akan terjadi...harta ke mana? pangkat ke mana? 

Hudud telah dan bakal menyatukan hati ramai umat Islam tulin, tidak kira dari parti atau Mazhab mana sekalipun. Hudud juga sedang menampak dan memisahkan golongan Islam munafik dan fasik. 

Sekali lagi tahniah kepada kerajaan Kelantan dan teruskan usaha tanpa menoleh ke belakang lagi. ALLAHUAKBAR.

WARGA PRIHATIN.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment