16 March 2015

WALAU APA PUN KEADAAN KITA SEKARANG INI.. JANGAN LUPA ALLAH

share dari link fb ~Rohana Saad

WALAU APA PUN KEADAAN KITA SEKARANG INI..
JANGAN LUPA ALLAH

Ada masa, tetiba je rasa sedih, sebak..rasa nak menanggis eh?. Rasanya kita boleh lalui sebelum ni, tapi entah kenapa.. mungkin kita rindu, rindu sesangat.. rindu pada Allah. Cuba ingat balik . Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ? Dah lama sungguh tak bermunajat rupanya, dah lama kita lupakan Allah, kita jauhi Allah..sebab itu Allah bagi rasa sedih!!

Selama ini kita ego..selama ini kita sombong.. konon-konon kita bahagia, kita ada segala. Tapi sebenarnya kita pura-pura bahagia, kita pura-pura gembira, dalam sudut hati kita sungguh kosong.. kita tiada ketenangan. Allah Ya Allah..

Mari kita hamparkan sejadah .. Solat lah.. Doa lah.. Minta lah.. Allah dengar.. Allah rindu tu.. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.. Sebenarnya kesedihan itu adalah perasaan takut. Itu sahaja. Kita sedih sebab kita takut sesuatu. Kita takut sesuatu terjadi. Sesuatu yang kita fikirkan. Sesuatu yang kita tidak pasti penghujungnya. Sesuatu yang kita tidak tahu kesannya kelak. Sebab itu kita sedih.Nah!.. Lepas siap mengadu mesti rasa lega, sebab Allah dah dengar rintihan kita . Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.

Sahabat.. walau macam mana pun kita berjaya dan bahagia ada segala jangan lupa Allah dan walaupun juga kita gagal dan hampa tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah tapi kita masih ada lantai untuk bersujud . Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah .

Jangan ego. Tak perlu rasa ego, konon kuat akhirnya tak nak mengadu. Kita stress sebab banyak berfikir tapi kurang berzikir. Kita tak di rancang untuk menyelesaikan masalah sendiri, tapi untuk patuh dan pasrah di bimbing oleh DIA yang menguasai segala-galanya

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment