30 March 2015

Ibu adalah Madrasah

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Ibu adalah Madrasah; "Ibu itu adalah madrasah pertama kepada anak-anak. Anak itu dicorak daripada kedua ibu-bapa mereka. Antara tokoh-tokoh hebat didalam sejarah islam bermula daripada didikan ibu mereka. Ada satu kisah ibu yang hebat, yakni ibu kepada Al-Imam As-Syafie. Ibunya suruh imam syafie menuntut ilmu dan tidak membawa balik harta
ketika imam as-syafie berusia 15tahun."

"Beliau keluar menuntut ilmu di madinah bersama Imam Malik, kemudian setelah beberapa tahun menuntut ilmu. Imam Syafie pulang. Sebelum pulang, Imam Malik memberi sedikit pemberian untuk bekalan imam syafie pulang ke rumahnya. Sebelum sampai ke rumahnya, imam syafie telah mengagih-agihkan harta bekalan itu kepada orang miskin sehingga hanya tinggal satu kantung wang sahaja."

"Sampai saja dirumah, ketika mengetuk pintu dan memberi salam kepada ibunya. Ibunya didalam rumah pon bertanya
"Siapa itu?" Lalu imam syafie menjawab, "ini anakmu"
kemudian bertanya lagi, ibu beliau tanpa membuka pintu
"Apa yang kamu bawa pulang wahai anakku?"
Imam Syafie menjawab "Tiada dunia yang dibawa pulang wahai ibu." Selepas itu barulah ibunya membuka pintu dan menyambut anaknya."

"Subhanallah. Berbeza dizaman kita sekarang, kata alim ulamak, dunia sekarang sudah terbalik,
disuruh anak mereka belajar tinggi-tinggi untuk membawa pulang dunia yang akhirnya memakan diri anak itu sendiri dan melukakan hati ibu bapa. Anak-anak sudah kerja bagus, kemudian ditinggalkan itu ibu dirumah orang-orang tua."

"Antara ibu yang hebat adalah ibu kepada Syeikh abdul qadir al-jailani. Ibunya menyuruh keluar menuntut ilmu dan menyuruh syeikh jujur dan disaksi oleh Allah سبحانه وتعالى. Ketika syeikh abdul qadir jailani masih kecil remaja,
ibunya menyuruh ke baghdad untuk menuntut ilmu bersama kabilah arab yang ingin kesana.
Diberikan sedikit wang peninggalan arwah ayahndanya kepada beliau,
dan diwasiatkan oleh ibunya supaya jangan kamu sesekali berdusta."

"Didalam perjalanan kabilah mereka dirompak oleh sekumpulan perompak, namun syeikh itu diabaikan oleh kumpulan perompak kerana beliau masih kecil itu sehingga salah seorang dari perompak itu bertanya pada syeikh,
"wahai budak kecil, apakah kamu punya wang?" Lalu dijawab oleh beliau, "ya! ada didalam kantung baju ku ini" Kemudian siperompak itu memeriksa kantung bajunya,
"Benar! tetapi mengapa kamu beritahu kepada aku, setelah kamu tahu aku pasti akan mengambilnya daripada kamu?"

Dijawab oleh syeikh abdul qadir jailani. "Aku ini sudah berjanji kepada ibuku supaya tidak berdusta" Lalu ketawalah siperompak itu lalu memanggil ketua perompak dan diceritakan perihal tadi, kemudian ketua perompak itu bertanya pada syeikh abdul qadir jailani. "kenapa kamu berkata benar?" Dijawab oleh beliau, "Aku telah berjanji dengan ibuku supaya tidak berkata dusta"
lalu ketawalah ketua perompak itu dan menyambung, "Ibumu bukanya tahu kamu berkata dusta, dia juga tiada disini"

"Lalu dijawab oleh syeikh. "Ya benar, tetapi sewaktu aku mengambil wasiat dari ibuku supaya berkata benar, ia telah disaksikan oleh Allah سبحانه وتعالى akan wasiat itu. Dimana jua aku berada walaupon tiada ibuku, Allah سبحانه وتعالى sentiasa memerhatikan aku." Tersentak ketua perompak dengan jawapan itu lalu berkata ketua itu kepada kumpulannya
"Sungguh benar kata budak kecil ini, kita merompak walhal Allah سبحانه وتعالى memerhatikan kita tanpa kita hiraukan."

"Lalu ketua perompak itu pon bertaubat dan menyerahkan semua rampasan rompakan kepada kumpulan kabilah itu dan bertanya pada Syeikh. "Kemana kamu ingin pergi wahai budak?" dijawab kembali. "Aku ingin ke kota baghdad untuk menuntut ilmu disana." Ketua penyamun itu kemudian berkata, "Jadi aku akan bersama kamu untuk sama-sama menuntut ilmu."

"Dikisahkan kumpulan penyamun itu adalah orang yang pertama mengucap syahadah hasil dari akhlak Syeikh abdul qadir-jailani,
Nah! lihat betapa hebatnya seseorang itu bila diasuh dengan acuan yang betul yang sempurna oleh seorang ibu yang hebat. Dua tokoh islam yang terkemuka ini yang mana hasil dari didikan madrasah yang pertama iaitu Ibu."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment