16 March 2015

BUAH TIN KAYA NUTRIEN

share dari link fb ~Kedai Jutawan Muslim

BUAH TIN KAYA NUTRIEN


Biarpun buah tin kering boleh dibeli sepanjang tahun, buah tin segar memiliki rasa unik dengan tekstur segar yang membuatkan sesiapa saja teringin untuk menjamahnya. Isinya penuh dengan biji rangup, mempunyai rasa manis dan sedikit liat ketika dikunyah, menjadikan buah tin antara makanan popular di seluruh dunia. 


Ia buah yang digemari ramai sejak zaman lampau dan bangsa Rom purba menganggapnya buah suci hingga mereka membuat undang2 melarang buah itu dieksport ke laur negara. Buah tin memiliki warna berbeza mengikut jenisnya dan kebanyakan yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk kering supaya ia boleh dinikmati sepanjang tahun.

Bagi memiliki buah tin segar terbaik dan penuh antioksidan, pilihlah yang masak sepenuhnya. Sekiranya memilih buah tin kering, hanya beli yang lembut, bebas kulat dan harum baunya. Buah tin segar perlu disimpan didalam peti ais dan diletakkan dalam bekas bertutup bagi mengelak ia dirosakkan oleh makanan lain ataupun mengering. Selain rasanya yang sedap, buah tin juga menawarkan khasiat kepada kesihatan berikutan kaya pelbagai nutrien penting. Disini disenaraikan kebaikan buah tin kepada kesihatan.

1.Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Buah tin kaya dengan potasium iaitu sejenis mineral yang membantu mengawal tekanan darah. Ramai dalam kalangan kita kurang mengambil buah atau sayuran secukupnya, sebaliknya lebih banyak makan makanan penuh kandungan garam hingga menyebabkan tekanan darah meningkat. Makanan yang kaya potasium seperti buah tin mampu memberikan kesan ketara kepada kesihatan diri sekiranya diamalkan secara konsisten dalam diet harian.

2.Menurunkan berat badan 
Buah tin adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi rasa kenyang berpanjangan, seterusnya mengawal berat badan. Pengambilan serat yg tinggi mampu melindungi wanita yang sudah menopaus drpd barah payudara. Satu kajian membabitkan 51823 wanita menopaus selama lapan tahun mendapati terdapat pengurangan risiko sehingga 34 peratus bagi kumpulan yang mengambil serat yg tinggi dalam diet mereka.

3.Membantu pesakit diabetes
Daun buh tin juga mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan kerana ia memiliki bahan anti diabetik yang mampu mengawal jumlah insulin diperlukan bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin.

4.Menjaga kesihatan kardiovaskular
Daun buah tin juga mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan lemak dalam saluran darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuhan sel darah.

5.Melindungi diri dari kemerosotan makular
Buah tin mampu melindungi penglihatan yg merosot disebabkan faktor usia semakin lanjut.

6.Mengelak masalah sembelit 
Kandungan serat yg tinggi iaitu kira2 lima gram serat bagi tiga biji buah tin membantu melancarkan fungsi usus, seterusnya mengelak sembelit. Bukan saja usus menjadi sihat, buah tin turut menyelesaikan masalah perut meragam dan juga cirit birit.

7.Menghindari kanser kolon
Serat yang ada dalam buah tin meransang penyingkiran radikal bebas dan bahan penyebab kanser dalam kolon.

8.Menguatkan tulang 
Buah tin kaya dengan kalsium dan fosforus. Bukan saja menguatkan tulang san mengurangkan risiko osteoporosis, ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang dan memperbaiki bahagian tulang yang rosak.

9.Melegakan sakit tekak
Lendir yg banyak didalam buah tin memiliki sifat penyejuk dan mampu merawat sakit tekak serta melindungi tekak drpd masalah kesihatan. Malah lendir itu adalah jus semula jadi yg melegakan kesakitan pada kerongkong dan peti suara.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment