15 March 2015

Kisah Sayyiduna Abu Hurairah - sukar menghafal hadith...disampaikan kisahnya oleh Syeikh Nuruddin.

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Suatu ketika Sayyiduna Abu Hurairah merasakan dirinya menjadi sukar untuk mengingati hadith² Baginda ﷺ lalu Sayyiduna Abu Hurairah mengadu kpd Rasulullah. kerna Rasulullah itulah penyelesai masalah.. kata Sayyiduna Abu Hurairah, " Wahai Rasulullah aku banyak mendengar hadith daripadamu tetapi aku lupa akn hadith-hadithmu, maka aku ini suka andai aku tidak lupa dengan hadith-hadithmu lagi wahai Rasulullah.. Maka Rasulullah mengarahkan Sayyiduna Abu Hurairah membentangkan selendangnya. lalu kemudian Rasulullah mencakupkan udara dengan tangannya yang mulia lalu Rasulullah lemparkan udara yang dicakupkan dengan tangan Baginda tadi ke selendang yang dibentangkan oleh Sayyiduna Abu Hurairah. Lalu Rasulullah berkata kepada Sayyiduna Abu Hurairah " Dakaplah selendang ini ". maka Sayyiduna Abu Hurairah mendakap selendang tersebut seperti yang di arahkan Rasulullah. Selepas peristiwa tu, Sayyiduna Abu Hurairah tidak lagi melupakan walau satu hadith pun yang didengarinya. .
. *Sewaktu Syaikh Nuruddin menceritakan Kisah ini, Syaikh Nuruddin siap menunjukkan lagi cara Nabi buat tersebut dengan menggunakan Rida'nya... Wallahu'alam
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment