10 March 2015

Seorang perempuan itu untuk dijaga, untuk terhormat mestilah dirinya menghormati dirinya sebelum menuntut orang lain untuk menghormati dirinya. Dalam Kisah Siti maryam, Allah berfirman.....

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Seorang perempuan itu untuk dijaga, untuk terhormat mestilah dirinya menghormati dirinya sebelum menuntut orang lain untuk menghormati dirinya. Dalam Kisah Siti maryam, Allah berfirman..... 

Surah At Tahrim-Ayat 12

وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ

dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-Kitab-Nya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.

Allah mengatakan, " puteri imran itu menjaga kehormatannya "

Allah tidak mengatakan Mariam anak kepada imran telah aku jaga kehormatannya. Tidak!

Sebaliknya mariam anak imran yang menjaga kehormatannya.

Buktinya?

Mariam didatangi Jibril alaihissalam sewaktu Siti Mariam berada didalam bilik untuk bermunajat dan beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى .

Jibril itu datang menyerupai seorang lelaki yang amat sempurna. sempurna dari segala aspek. Maka mariam berhadapan dengan jibril AS, lalu berkata "saya berlindng kepada Allah! saya berlindung kepada Yang Mengasih, Yang Merahmati."

Bayangkan ya, jika lelaki yang amat sempurna berada dihadapan kamu,
adakah kamu pasti kamu tidak akan terpikat dengannya?

adakah kamu pasti kamu akan tepis pandangan kamu?

TAPI

Disebabkan rasa takutnya mariam pada Allah, kerana ingin melindungi maruahnya, mariam tidak terpikat kepada jibril alaihissalam walaupun Jibril menyerupai lelaki yang sempurna. Perfect.

Mariam tidak sedikit pun mengambil peluang dalam keadaan bersendirian ketika berhadapan dengan lelaki yang sempurna.

Kalau kamu wahai orang lelaki dan perempuan, kalau kamu bertakwa kepada Allah maka janganlah melakukan perkara ini iaitu berkhalwah(berdua-duaan). Tidak akan lelaki dan perempuan berdua sahaja kecuali yang ketiga adalah syaitan.

Zaman sekarang mak ayah kata "takpa aku percaya anak aku tak mungkin buat benda yang tak elok."

Ya salaam, mak bapak boleh percaya kepada anak-anak tp kata Rasulullah taknak percaya.

Jangan berdolak dalih dalam masalah syarak, syarak diturunkan untuk kita mematuhi. Kalaulah syarak ini perkara yang berdolak dalih, lalu buat apa nabi susah payah menyampaikan ini syariah

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment