05 April 2013

TAHUKAH ANDA? 'SARAPAN BANTU DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL'

share dari link fb ~ Rasa

TAHUKAH ANDA?
'SARAPAN BANTU DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL'

Mahukan berat badan yang ideal? Tidak perlu berlapar atau menyeksa diri untuk cantik. Justeru, mulakan hari anda dengan sarapan yang sihat lagi berkhasiat.

Ramai yang tidak menyedari kepentingan sarapan. Ia sangat
penting jika dibandingkan dengan waktu makan yang lain. Mereka
yang berjaga malam pasti akan terlewat bangun dan terlepas
waktu sarapan. Amalan kurang sihat ini sebaiknya dielakkan.

Pengambilan sarapan akan memberikan kita tenaga yang
diperlukan untuk melakukan tugasan harian. Contohnya, sel otak kita memerlukan sumber karbohidrat untuk berfungsi.

Karbohidrat juga diperlukan sebagai salah satu tenaga utama
manusia dalam gizi pemakanan harian. Sebab itulah, sekiranya kita
kurang makan, badan kita akan berasa lesu dan tidak bermaya.

Jadi, pemilihan makanan di waktu pagi adalah sangat penting
supaya kita memperoleh tenaga yang mencukupi. Selain itu,
faktor kesihatan juga tidak harus dilupakan untuk memastikan gizi
pemakanan harian yang seimbang. Pastikan makanan yang kita pilih mempunyai kandungan nutrisi yang berkhasiat untuk keperluan tubuh kita. #Karangkraf

No comments:

Post a Comment